Search This Blog

Wednesday, December 28, 2011

Bab 8 DAH . . .

     "Ammar!!!!!"
     " Siapa tu?!" tanya Batrisyia, kerana dia hanya mendengar suara lelaki memanggil namanya. Batrisyia mencari -cari siapakah gerangan orang yang memanggil namanya. Dia sangat takut berada di kawasan pergunungan yang sangat tinggi bersendirian. Batrisyia masih mendengar orang memanggil namanya. Akhirnya dia terjumpa juga lelaki yang memanggil namanya. Lelaki tersebut hampir terjatuh ke dalam gaung kerana tergelincir. Lelaki itu cuma memaut pada batu yang hampir jatuh. Batrisyia bergegas ke arah lelaki tersebut, dia sangat mengenali lelaki itu. Dia menghulurkan tangannya ke arah lelaki itu. Lelaki itu terus menerpa ke arah Batrisyia. Tiba-tiba Batrisyia terjatuh.

     "Uiks! Aku mimpi ke?! Pukul berapa dah ni?! "tanya Batrisyia sendiri. Jam baru menunjukkan jam 11.30 malam. Haish! Sebelum tidur tadi lupa basuh kaki. Tiba-tiba Umi masuk ke dalam bilik Batrisyia.
    "Kau menjerit tiba-tiba tadi kenapa? Dah tidur ke kau? Tolong umi beli roti, tadi lupa nak pesan kat kaulah,"arah Umi kepada Batrisyia. Batrisyia hanya mengangguk kemudian mencuci mukanya. Dia rasa malas nak membawa motornya, jadi dia hanya berjalan kaki ke tempat kerjanya.

Batrisyia memerhatikan dari luar pintu kedai serbaneka 7-ELEVEN itu masih terbuka. Hatinya hampa untuk memulakan kerja pada hari esok. Penghawa dingin masih lagi rosak. Batrisyia berjalan ke arah kedai sambil menyeret kakinya, Anna hanya memandang Batrisyia yang masuk dengan tidak semangat.
     "Nampak macam tak semangat aja Sya,"tegur Anna.
     " Aircond tu bilalah nak elok, ingat dah ada orang datang repair. Dekat sebulan dah ni kak Anna. Kita kena cari ikhtiar kak,"jawab Batrisyia sambil mengambil roti di rak roti.
     "Sya tak beli kaya ke? Entahlah Sya, akak pun tak tahu nak kata apa. Kak Cheras pun dah sampai nangis-nangis suruh maintanance datang. Dia orang buat dek jugak. Apa lagi yang boleh di buat, aduh. Sabar ajalah Sya,"ujar Anna, bersikap tenang.
     "Kak kira sekali dengan kayalah, apa-apalah. Sya dah bosan dah, Fahmi mana kak?"
     " Ada aja dia dekat belakang tu, entah apa aja dia tu. Sampai-sampai pergi toilet,"
     " Biasalah tu, sakit perutlah tu kak, oklah nak balik dah. Esok kerja pagi pulak,bye" lambai Batrisyia kepada Anna. Semasa dia keluar sahaja dari pintu 7-eleven, Batrisyia bertembung dengan Adli yang ingin masuk. Tubuh Batrisyia yang kecil tidak dapat mengimbangkan dirinya, akhirnya dia jatuh tersungkur di depan pintu.
    "Kau nih menghalang laluanlah! Tepilah,"marah Adli kepada Batrisyia yang sudah jatuh di depan pintu. Batrisyia malas nak bertekak, dia terus berjalan keluar dari kedai serbaneka tersebut.
     Adli hairan dengan tindakan Batrisyia yang selalu hendak cari gaduh dengan dia, tetapi hari ini Batrisyia tidak melawan seperti biasa. Adli membeli air 100 PLUS kemudian terus menaiki motornya. Semasa memandu, Adli melihat seorang perempuan  di kelilingi oleh 4 orang lelaki. Adli jadi hairan, kemudian dia berhenti.
     "Kau orang semua nih nak buat apa nih?"tanya Adli kepada empat orang lelaki tersebut.
     "Kau diamlah! Tak payah berlagak jadi hero,okey? Masalah ni antara kami dengan perempuan tomboy nih! Kau jangan nak masuk campur!" jawab salah seorang daripada pemuda tersebut.
     "Kau orang nak apa dari aku nih? Aku tak kacau hidup kau orang pun,kan? So, let me go!" marah Batrisyia kerana tangannya dipegang oleh dua orang daripada mereka.
     Adli menjadi risau dengan keadaan seperti itu. Dia terus   ke arah lelaki yang memegang Batrisyia. Kemudian memberi sedas tumbukan padu ke salah seorang lelaki tersebut hingga berdarah mulutnya.
     "Aku dah pesan! Jangan masuk campur,kan? Kau pernah fikirkan ke tak tindakan kau nih ?" marah lelaki yang memegang Batrisyia, lalu dia mengeluarkan pisau kemudian menghunus ke perut Batrisyia. Batrisyia tertunduk. Adli terus panik dengan keadaan yang sangat tiba-tiba itu. Keempat-empat mereka terus menghilangkan diri dengan motor masing-masing.
      Adli panik melihat darah yang membuak-buak keluar dari perut Batrisyia. Batrisya menarik-narik tangan Adli. Kawasan itu sangat sunyi.Tanpa fikir panjang, Adli mendukung Batrisyia kemudian di bawanya menggunakan motor dan terus menuju ke HUKM. Tika itu, jantung Adli berdegup kencang melihat darah, dan melihat keadaan Batrisyia yang lemah.
     Sesampai sahaja di hospital, Adli bergegas membawa Batrisyia ke wad kecemasan. Peluh-peluh sudah habis merembes ke dahi dan seluruh tubuh Adli. Hendak telefon siapa pun dia tidak tahu.
KRING! KRING! Telefon bimbit berbunyi. Adli cepat-cepat mengangkat.
     "Sya! Mana kamu tak balik-balik nih? Risau Umi,"ujar Umi setelah talian telefon di angkat. Adli terketar- ketar untuk menjawab soalan daripada ibu Batrisyia.
     "Harap makcik bersabar ya, anak makcik sekarang dekat HUKM,"jawab Adli.
     "Hah! Astagfirullah Hal Azim. Makcik datang sekarang," jawab Umi kemudian terus mematikan talian telefon.

samBuNGAN bab 7 . . .

Batrisyia sangat selesa apabila bersama dengan Hakimi. Pertuturan Hakimi sangat sopan, mengalahkan dirinya yang serba- serbi kasar. Bermacam - macam yang diceritakan oleh Hakimi tentang bengkel yang diusahakan olehnya dan beberapa orang rakan. Hakimi ada mengajak Batrisyia mengunjungi bengkelnya jika ada waktu lapang.
     "Saya ada janji dengan kawan saya, apa-apa nanti saya mesej ke nombor awak ya, Kimm."
     "You nak keluar dengan siapa?"
     "Keluar dengan kawan sekolah saya tengok movie. Hari ini kan saya cuti, saya naklah spend time dengan diorang. Awak tak keluar mana-mana ke lepas ni?"tanya Batrisyia.
     "Nak keluar macam mana, kan I bagitahu you tadi, kawan I ada dekat JB sekarang. Malas keluar sorang-sorang. Ingat you nak teman I sehari nih,"jawab Hakimi.
     "WERK!" jawab Batrisyia sambil berlalu. Dia tahu Hakimi hanya bergurau sahaja. Kemudian Batrisyia menghidupkan motornya kemudian pergi. Hakimi hanya memandang Batrisyia dari jauh. Dia suka melihat Batrisya yang sangat bersahaja dengan sikapnya.


                                                      *          *          *          *          *

ADLI sedang mengemas barang- barang dia ke dalam beg. Dia sangat bersemangat untuk pulang ke Kuala Lumpur. Bosan baginya berada di Johor Bahru. Tiada yang menarik baginya. Tepat pukul 8 malam dia akan memulakan perjalanannya. Lebih kurang jam 12 tengah malam dia akan sampai di Kuala Lumpur. Dekat 3 malam tidur dekat bengkel, sakit seluruh sendi-sendi dan tulang belakangnya. Akhirnya Adli pulang setelah bersalaman dengan Farhan dan Kamil.


                                                      *           *           *          *           *

HAKIMI sangat gembira hari ini. Gadis yang dikutuk oleh Adli itu sangat menarik hatinya walaupun dari luarannya, gadis itu nampak kasar namun jauh di sudut hatinya, Batrisyia sangat baik dan lembut orangnya. Adli itu seorang yang buta hati kerana kisah silam. Biarlah, asalkan dia akan berusaha untuk menakluk hati Batrisyia. Hakimi tidak mahu mencari Batrisyia, dia mahu gadis itu sendiri yang mencari dia.

                                                       *          *          *          *            *

BATRISYIA sampai di rumah tepat pukul 10 malam. Dia memang sangat gembira apabila dapat keluar dengan kawan - kawan yang sudah banyak terasa dengan dirinya kerana terlampau sibuk dengan urusan pekerjaan. Hari ini sahaja dia pergi menonton wayang dan membeli belah. Hati Batrisyia sangat terpaut untuk membeli selendang, tetapi dibiarkan sahaja niatnya. Belum sampai masanya untuk dirinya berubah. Walaupun dia tahu sangat berdosa kerana tidak menutup aurat, tetapi dia rasa dirinya masih belum bersedia dengan perwatakan yang sangat kasar.
     Tiba-tiba sahaja Batrisyia teringatkan perbualan antara dia dan Hakimi pagi tadi. Entah bila dia ingin berjumpa lagi dengan jejaka itu pun, aku tidak tahu. Entah-entah Hakimilah jejaka tampan yang suruh Khai kirim salam tempoh hari. Memang dia tampan pun, tak dapat disangkal lagi.
      Tak lama lepas itu, Batrisyia terlelap di katil bujangnya. Badan dia sangat letih kerana berjalan sehari suntuk.

Thursday, November 3, 2011

bAb tujuh..jeng3x...

BATRISYIA sedang bersiap-siap untuk berjumpa dengan Hakimi. Gayanya tampil ringkas sahaja dengan memakai jeans denim bewarna biru muda dengan t-shirt hitam lengan pendek. Akhir sekali, Batrisyia menyapu bedak di mukanya, kemudian menyarungkan topi di atas kepalanya. Duduk rumah pun bukan boleh buat apa-apa. Baik Batrisyia keluar dengan kawan barunya.
KRING! KRING! KRING! Telefon Batrisyia berdering. Batrisyia mengangkat telefon.
     "Assalammualaikum! You nak I ambil you dekat rumah atau you nak datang dekat kedai makan?" tanya Hakimi. Suaranya sedikit kuat melawan tiupan angin. Mesti Hakimi sedang berada di atas motor.
     " Nak jumpa di mana,ya?"
     " Kedai makan dekat dengan Carrefour lah. Sana ada kedai mamak,kan?I ambil you,ok?"
     " It's okey dude! Saya boleh naik motor saya aja! Jalan kaki pun dekat tahu,"jawab Batrisyia,sambil ketawa perlahan.
     "As you wish friend," Hakimi terus mematikan talian telefon bimbitnya. Kemudian terus memandu ke arah Jalan Peel. Kesombongan Batrisyia membuatkan jiwa Hakimi semakin bergelojak untuk mengenali diri Batrisyia.

BATRISYIA menunggu Hakimi di salah sebuah meja. Hatinya tiba-tiba sahaja berdebar melihat Hakimi menghampiri mejanya. Baju putih hitam lengan panjang dan seluar denim berwarna putih menampakkan Hakimi lebih tampan.
     "Sya!"lambai Hakimi kemudian duduk menghadap Batrisyia.
     "Minum apa Kimm? Ane! Order ane!" jerit Batrisyia memanggil pelayan. Batrisyia sudah biasa melepak di kedai mamak ini. Sebab itu dia selamba aja menjerit macam tu. Tidak kisah orang memandangnya. Hakimi terkejut dengan telatah Batrisyia, tetapi dia tidak cepat melatah. Pelayan datang kemudian mengambil pesanan. Batrisyia memesan roti bakar sahaja untuk sarapan pagi.




p/s : sambung esoklah kalau aku online =) kaki kena gigit nyamuk...waa~

Wednesday, November 2, 2011

Masih di bab eNam meyh~

SEBELAS malam tepat, Batrisyia dengan mata kuyunya berdiri di hadapan pintu 7-ELEVEN. Penghawa dingin masih lagi belum dibaiki. Peluh-peluh kecil masih merenik di dahi. 'Bilalah dia nak datang baiki ni. Hari-hari macam ni mati kering aku!' marah Batrisyia dalam hati. Fahmi sudah pun pulang pukul 7 malam tadi. Sekarang Muhammad Azri bekerja shift malam (7pm-7am).
     Batrisyia masih tercongok di depan pintu menunggu Anna yang masih belum tiba. Melihat suasana malam yang berada di Wisma Indah dengan telatah pelbagai jenis manusia yang masih bekerja. Anna tiba dengan senyuman apabila melihat Batrisyia sedang menunggunya di hadapan.
     "Akak lambat sangat ke Sya?" tanya Anna dengan gelisah. Batrisyia hanya menggeleng dan masuk ke dalam stor bersama Anna.
     " Panas sangat kak, kat dalam tu. Itu yang melepak kat luar nih, sambil hirup udara segar,"
     "Udara segarlah sangat kat luar tu. Model sambilan adalah,"jawab Anna sambil ketawa sopan. Mana tidaknya, perempuan dari negara luar dan negara ini sendiri sedang sibuk 'memperagakan'  diri masing-masing. Faham-faham sendirilah. Wisma Indah ini dah cukup terkenal, kadang-kadang sampai keluar muka hadapan surat khabar tentang keburukannya, tetapi gejala ini masih tetap berleluasa.
     "Haha! Kak Anna, model sambilan ya? Buat lawak nampak. Tadi adik kena ngorat dengan 'nyah' tahu kak Anna," ujar Batrisyia sambil ketawa kuat kemudian menjeling kepada Muhammad Azri.
     "Diamlah kak Sya, bukan nak back up adik tadi. Di biarkan aja adik kena peluk dengan 'nyah'. Dah lah tu, geli gila adik dengan dia, panggil adik papa,"adu Muhammad Azri yang lebih senang membahasakan dirinya adik. Dia menjuihkan bibirnya, kemudian menyapu sampah di dalam stor. Malam ini ada penghantaran stok dari HQ. Nasib baik Anna bekerja dengan Muhammad Azri, sebab Muhammad Azri ini rajin. Jadinya, mungkin keesokan stor akan bersih. Senang sikit hati Cheras Delima esok.
     "Kak, Sya balik dulu ya? Bye adik, nanti Jess datang jangan lari-lari tahu?"ajuk Batrisyia sambil ketawa, kemudian berlalu pergi sambil memegang helmet. Muhammad Azri membuat muka kemudian tersenyum.

                                                     *          *          *          *          *

Hakimi berulang kali melihat telefon bimbitnya. Dia ingin mengajak Batrisyia keluar minum-minum. Sungguh, dia amat menyukai sepasang mata Batrisyia. Ianya nampak jujur,walaupun luaran dia nampak kasar. 'Gadis ini tidak salah aku yang bergaduh dengan Adli tempoh hari' bisik hati Hakimi. Mata hati Hakimi dapat melihat kecantikan milik Batrisyia. Adli memang buta selama ini. Dia buta dengan Nurul Hani. Hakimi kembali merenung telefon bimbitnya, kemudian dia mengeluh. Jam sudah menunjukkan 23:40, mungkin dia sudah pulang ke rumah. Lagipun sudah lewat malam. Gejolak hatinya ingin sekali berjumpa dengan Batrisyia. Tiba-tiba Hakimi menepuk dahinya. 'Aku mana ada nombor dia! Argh! Kena tunggu dia call aku ke? Atau jumpa dia sekali lagi ni?Bodohnya aku!' marah Hakimi pada diri sendiri.
     Telefon bimbit dia berdering tanda mesej masuk.

1 message received
+6012*&^*^*&
Hai, saya nih Sya. Esok jom breakfast kat mamak,nak?
Saya cuti esok. Bosan lah..boleh?

Hati Hakimi berbunga riang apabila mendapat mesej tersebut. Hakimi tersengih-sengih kemudian membalas mesej tersebut dengan perkataan ok sahaja.


p/s : nty sambung len...tetibe perot aq sebu semacam...gpown da lewat neh..
       sok kene bangun pagi kot =)

Tuesday, October 25, 2011

BaB eNam DAh weyYy...

HARI ke dua di Johor, Adli tekun membantu bengkel yang tetiba sahaja mempunyai masalah. Dia tidak kisah berlama-lamaan di sini membuat kerja. Segala masalah boleh hilang begitu sahaja apabila Adli menyibukkan dirinya.
     "Korang tak cari budak-budak yang taw repair-repair ni ke? kalau ada, amik dia kerja. Ini tinggal dua orang aje yang nak kerja, kereta bukan main lagi banyak. Aku tak nak dengar complain yang korang tolak customer. Kimm tahu masaklah korang kena dengan dia," ujar Adli kepada dua orang pekerja di cawangan Johor.
     "Bukan kitorang tak cari brother Lee, dah banyak tempat kitorang iklankan dah kat sekitar JB ni. Tapi tak ada hasil," jawab Farhan kepada persoalan yang disoalkan oleh Adli.
     "Aku ada dekat sini sampai esok malam aje, lepas tu aku dah kena berangkat pergi KL.Macam manalah aku nak tinggalkan korang berdua terkapai-kapai macam ni. Pening-pening," ucap Adli sambil menggeleng kepalanya. Adli dan Farhan meneruskan kerja mereka yang banyak, manakala Kamil berehat sebentar sambil menikmati makan tengah hari.

                                                      *          *          *          *          *

BATRISYIA sedang sibuk membuat manual purchase (key in invoice - HQ). Cheras Delima telah pergi ke stor Taman Shamelin kerana ada audit. Hari ini pula Batrisyia bekerja shift petang ada kerja lebih masa pula(OT 11am-11pm). Tiba-tiba bunyi buzer kuat berkumandang di bilik belakang. Dengan tergopoh-gapah Batrisyia keluar dari bilik belakang tersebut.
     "Kenapa fahmi tekan buzer tadi?" tanya Batrisyia.
     "Ada orang nak jumpa Sya,"jawab Fahmi sambil menunjukkan seorang lelaki kepada Batrisyia. Lelaki itu boleh tahan kacaknya. Rambutnya perang, tinggi bak model, badannya tegap. Batrisyia menguak rambutnya ke belakang dan memandang tepat ke arah lelaki tersebut.
     "Yes, ada apa cari saya?" tanya Batrisyia dengan sopan. Lelaki itu hanya tersenyum dan memandang Batrisyia lama.
     " Nama I Hakimi, boleh panggil I Kimm aje. I nak berkenalan dengan you lebih mendalam kalau boleh?"
     " Err.. apa sebab pula ni, tetiba aje?"
     " Saja nak berkawan, tak boleh ke?"
     "Memanglah boleh,no hal. Tapi, sebelum ni kita pernah jumpa ke?"
     " Memang tak pernah pun jumpa, okeylah..What I can call you? Princess?"
     " WERK! Hahaha... panggil aja saya Sya, more simple right?"
     " HEHE! alright, ini number I, kalau free jomlah borak-borak sambil minum-minum , " ujar Hakimi sambil memberi business card kepada Batrisyia. Batryisia hanya mengangguk kemudian Hakimi berlalu pergi. Fahmi pening melihat adegan tadi.
     "Sya layan jugak ye orang yang tak kenal? Bahaya tahu? Kalau dia nak buat apa-apa macam mana?"
     " Tak ada apalah. Mata anugerah milik Allah, jadi gunakan sebaiknya. Budak tu ikhlas nak berkawan,okeylah Sya ada kerja dekat belakang. Apa-apa tekanlah buzer lagi," jawab Batrisyia kemudian terus berlalu ke bilik belakang. Kerjanya ada sedikit lagi yang hendak di siapkan. Selepas itu, berlama-lamaan lah Batryisia di stor ini.


p/s : sambung nantylaa...nak rehat =)

Saturday, March 26, 2011

sambung balik...

Batrisyia keluar dari bilik belakang sepuluh minit selepas Adli keluar dari stor. Batrisyia mengibas-ngibas mukanya dengan surat khabar yang hendak dipulangkan semula kepada penghantarnya (vendor).
     "Lama-lama kurus aku kat sini Khai,"bebel Batrisyia kepada Khairul. Mukanya masih berkerut dengan penghawa dingin yang rosak.
     " Sabarla Sya. Aku kalau boleh repair, dah lama dah aku buat. Masalahnya, aku pun tak tahu apalah masalah 'binatang' nih!" pujuk Khairul tetapi dalam masa yang sama melepaskan geramnya juga.
     "Dah dekat pukul 3pagi dah ni. Kau pergilah stock up air, biar aku jaga depan. " arah Batrisya kepada Khairul. Kalau dilayannya berborak, sampai ke pagi pun tidak siap. Pagi-pagi dah makan maki sahajalah kalau ada staff yang buat hal.
     " Sebelum aku terlupa, tadi ada orang cakap dia kirim salam kat kau,"
     " Siapa?"
     " Nama aku tak tahu. Tapi dia cakap dia jejaka tampan,"
     " Jejaka tampan? Ish, entah sapa-sapalah kau ni. Pergilah belakang, asyik nak mengarut aje kerja kau nih!" marah Batrisyia, geram apabila ada orang mengirim salam kepada dirinya. Tak pernah sejak dari kerja di sini, tiada mana-mana lelaki yang mengirim salam kepada dirinya. Khairul masuk ke dalam sambil menunjuk jari telunjuknya.
     "Ada peminatlah!" jerit Khairul, kemudian bergegas berlari menuju ke bilik belakang seraya mengunci terus pintu. Batrisyia yang berang telah mengejar Khairul dengan penyapu. Nahas kau! Kedengaran ketawa Khairul masih kuat dari dalam.
     "Dik!" tegur seorang pak cik tua yang ingin membayar air red bullnya. Batrisyia dengan segera berlari ke arah kaunter.
     " Sorry. RM 3 saja pak cik,"selepas membuat pembayaran, pak cik tadi keluar. Batrisyia membuat kerja seperti biasa. Biasanya, waktu malam ini lebih tertumpu kepada bahagian pembersihan sahaja. Batrisyia menyapu lantai, kemudian mengemop lantai dengan bersih. Susun atur barang juga telah disusun dengan baik. Batrisyia berpuas hati apabila kerjanya sudah selesai.

                                                                 *          *          *

ADLI bergegas ke Johor Bahru setelah jam 7 pagi. Dia hanya menunggang motorsikalnya kerana tidak gemar menaiki bas. Malas dia hendak berasak - asak dengan orang ramai semata-mata hendak ke Johor. Biar sakit pinggangnya merempit, lagipun lebih pantas dan tidak perlu bersungut dengan kerenah dan ragam penumpang yang lain.
     Sampai di Seremban, Adli berhenti untuk makan tengah hari walaupun masih awal untuk makan tengah hari. Targetnya, ini sahaja waktu rehatnya, selepas ini dia tidak akan berhenti untuk berehat. Telefon bimbitnya berdering melagukan nada lagu Sofea Jane nyanyian Black Mentor.
     " Assalammualaikum, Adli. Kau dah sampai mana?" tanya Hakimi dengan tenang.
     " Wa'alaikummussalam. Aku baru sampai dekat Seremban ni Kimm. Kenapa?"
     " Tak ada apa-apa. Budak-budak sana call, diorang cakap banyak problem. Memang kau kena stay sanalah dalam 3 hari. Boleh?" ujar Hakimi, sambil mengharapkan Adli boleh membantunya.
     " Aku dah agak dah. Okey aje la, memang dah rasa pun. Kau kat sana, boleh handle sorang ke?"
     " Kau jangan risau, aku ada back up kat sini,"jawab Hakimi, kemudian mematikan talian telefonnya setelah selesai berborak dengan Adli. Adli hanya mendengar arahan yang disampaikan Hakimi. Walaupun mereka berkawan, tetapi dia tetap menghormati Hakimi sebagai ketuanya.

Sunday, March 13, 2011

Bab 5

Hari ini Batrisyia bekerja pada shift malam bersama dengan 'Management Trainer'nya ; Khairul. Keakraban mereka seperti abang dan adik kerana beza umur mereka dua tahun.
     " Khai, malam ni siapa nak buat chiller?"tanya Batrisyia kepada Khairul.
     " Akulah. Malas aku kasi kau yang buat. Lembab!" jawab Khairul sambil ketawa. Batrisyia dengan geramnya mencubit tangan Khairul dengan kuat.
     " Padan muka kau! Rasakan,"
     " Siot punya perempuan. Sakitlah sengal!"marah Khairul sambil menggosok-gosok tangannya yang sakit kerana dicubit Batrisyia.

ADLI menuju ke 7ELEVEN untuk membeli top up. Esok pagi dia harus ke Johor Bahru kerana Hakimi menyuruh dia melihat cawangan bengkel di sana. 'tIime-time ni jugak la kredit aku nih habis.'bebel Adli sambil menunggang motorsikalnya.
     " Selamat datang" ucap Khairul kepada Adli yang baru sahaja masuk ke dalam stornya. Batrisyia sedang berada di bilik belakang kerana sakit perut. Adli hanya mengangguk kemudian mengambil air 100plus botol kecil di chiller.
     " Ini sahaja bang?" tanya Khairul kepada Adli dengan sopan.
     " Celcom 30 satu keping,"jawab Adli. Kemudian matanya meliar mencari sesuatu.
     " Ammar tak kerja ke?"
     " Dia ada kat belakang. Nak saya panggilkan?"
     "Tak payah. Saja-saja je tanya. Nanti kirim salam dekat dia,okey? Cakap dia jejaka tampan kirim salam."ujar Adli, kemudian berlalu keluar dari kedai serbaneka itu. Khairul sudah hairan dengan lelaki tersebut. 'Jejaka Tampan?' ucap Khairul dalam hati sambil menjuihkan bibirnya. 'Bapak perasan! Ada jugak orang minat kat Sya tu ek? hehe' ketawa Khairul dalam hari.

p/s : sambung nty laa..kesian lak aq kat MT aq kat store..dia dah la demam ..hehe..aq bole lak update blog kat umah...hee...sorry Syuk..aq otw...hahaha....daa~ g keje...

Wednesday, March 9, 2011

Bab 4 . . .

Batrisyia keluar dari salon rambut dengan emosi yang kurang stabil. Rambut barunya sangat pendek umtuk seorang perempuan. Dengan imej kasarnya, mesti sukar untuk masyarakat menafsirkan Batrisyia ini perempuan atau lelaki. Dahulu, Batrisyia tidaklah sekasar sekarang. Sangat lemah-lembut dan sopan santun perangainya. Disebabkan lelaki, dia begitu sakit hati dan terpaksa menukar imejnya untuk menghindarkan dirinya daripada menjadi mangsa korban cinta yang tidak kesampaian.

                                                                  *          *          *

1/1/2009
MALAM TAHUN BARU...
KOLAM AIR PANAS SELAYANG...

Batrisyia sedang enak bermain air panas dengan teman akrabnya. Inilah pertama kali dia pergi ke kolam air panas. Dia betul-betul teruja.

Telefon Batrisyia berdering ...

     "Sya kat mana? Bila nak balik? Dah lewat..tahu?" bebel Darius Zafuan.
     " Sya dengan Cammy. Seronok Zaf main air panas ek? Tak pernah seronok macam nih..."
     " Sya nak seronok sangat,kan? Kita putus..."ujar Zafuan mendatar. Batrisyia yang sedang main-main air panas di tepi kolam tiba-tiba terhenti. Talian telefon tiba-tiba mati. Batrisyia terus memandang Camellia aka Cammy kemudian terus menyambung bermain air. Walaupun dia buat-buat seperti tiada apa yang terjadi, namun pedih pada hatinya sehingga kini berbekas. Cinta untuk lelaki tiba-tiba mati buat selamanya setelah ucapan putus diungkapkan oleh cinta pertamanya. Cinta yang mengubah diri Ammar menjadi diri Batrisyia. Akhirnya, Batrisyia menangis di dalam kereta sambil memandang ke luar. Hatinya nekad, 'aku takkan mencari sehinggalah aku benar-benar menjumpai dia tanpa aku pinta' bisik hati Batrisyia.

                                                                     *          *          *

SAMPAI sahaja di rumah, Batrisyia mencapai gitar kapoknya untuk bermain gitar. Sudah menjadi kebiasaannya, sebelum dia tidur gitar ini pasti disentuhnya. Sambil menyanyi-nyanyi kecil, Batrisyia bermain gitar untuk melepaskan tekanan.
     Tiba-tiba kejadian pagi tadi bermain di minda. 'Padan muka dia, usik aku lagi' getus hati Batrisyia apabila mengenangkan kisah dia mengenakan mamat monyet yang suka mengganggu dirinya akhir-akhir ini.

Sunday, February 27, 2011

sambungan....

Adli keluar dari kedai serbaneka 7ELEVEN itu sambil menyumpah seranah Batrisyia. Geram benar dia dengan gadis itu. 'Nampak sangat dia nak membalas dendam dekat aku,'bebel Adli dalam hati. Nak kenakan orang akhir sekali dia juga yang terkena. Sakit jugalah hati ini bila ingat kembali kejadian tadi. Bertambah geram lagi apabila dia melihat Anna memandangnya dengan pandangan sinis selepas Batrisyia memulangkan baki dan menutup kaunter tersebut.
     Adli hidupkan enjin motornya kemudian pergi ke tempat kerjanya. Dengan langkah longlai dia menegur rakan baiknya di bengkel merangkap bosnya juga.
     " Muka kau ni macam ayam berak kapur ni kenapa?"
     " Tak ada apalah Kimm, aku kena mainlah tadi dengan satu minah 7e. Sakit hati aku,"
     " Kau ngorat dia ke? Lepas tu dia tak layan? Mana belen beli air nih Adli?"
     " Otak kau! Aku sekali pandang pun tak boleh nak tengok muka dia. Memang sakitkan hati aku! Nah, belen kau," bebel Adli sambil menyerahkan duit baki tadi ke tangan Hakimi. Adli bergegas ke bilik persalinan untuk memakai baju kerjanya yang penuh dengan minyak hitam. Walaupun Adli mempunyai keluarga yang berada, tetapi dia lebih suka bekerja dan merasa titik peluh sendiri. Bukan dia hendak berlagak depan keluarganya yang dia sudah pandai mencari wang sendiri tanpa bantuan ahli keluarganya, tetapi sikap Adli lebih suka mandiri daripada berdiri dengan bantuan orang lain.
     Hakimi sudah terkebil-kebil melihat wang di tangannya. Memanglah duit itu RM 92.50...tetapi kenapa banyak not seringgit?
     " Adli....kenapa nih?" jerit Hakimi dari luar.
     " Semua budak 7e tu lah punya kerja. Aku sampai sekarang berangin dengan dia. Sakai punya budak,"terang Adli dengan nada yang sedikit tegang. Adli keluar dari bilik persalinan kemudian menzipkan bajunya hingga ke paras dada.
     " Apa kau dah buat sampai dia bengang macam tu dekat kau?"tanya Hakimi dengan menunjukkan muka yang penuh minat. Adli yang sedang membelek-belek enjin kereta wira kepunyaan pelanggannya terhenti seketika.
     " Aku tak buat apa-apalah. Setakat buang rokok rata-rata dalam tu lepas tu aku tenyeh dengan kasut aku. Lepas tu, tadi aku suruh dia amikkan aku air soya enam kotak tak sejuk punya. 3 kali jugaklah dia berulang-alik keluar masuk bilik belakang," cerita Adli sambil ketawa terkekek-kekek.
     " Kalau aku pun melenting beb!" ujar Hakimi kuat. Adli hanya tersengih kemudian meneruskan kerjanya semula.
     " Dia cantik tak Adli?" tanya Hakimi tiba-tiba.
     " Entahlah Kimm. Aku tak menghayati pulak muka dia tu. Sebab menyampah tahap cipan tu lagi banyak dari nak belek-belek muka dia lama-lama. Yang pasti, dia tu bukan perempuan! Perangai macam lelaki. Tak ada langsung ciri-ciri macam awek aku dulu Kimm," terang Adli kepada Hakimi sambil tangannya lincah membuat kerja. Walaupun subjek yang dibincangkan sangat menarik tetapi konsentrasi Adli tetap kepada enjin Wira tersebut.
     " Kau nih, benci sangat kat dia. Orang tua cakap..."
     " Kau tak payah mengarut. Orang tua cakaplah, apalah. Sekarang dah zaman millinium lah. Lagipun hati aku ni, takkan sesenang aje nak berubah kepada perempuan macam tu. Aku berani kerat rambut depan aku ni kalau aku kahwin dengan dia Kimm," potong Adli, kemudian menjawab dengan jawapan yang mengarut sambil ketawa terbahak-bahak. Rambut depan Adli dah mencecah dagu panjangnya. Memang dia sayang nak gunting rambutnya itu. Hakimi hanya menggeleng meliht telatah rakan baiknya itu. 'Esok, nak tengoklah budak yang Adli sebut-sebut nih!' fikir Hakimi sambil tersengih sendirian. Hakimi berlalu pergi masuk ke biliknya untuk menyemak data-data pelanggan.

Saturday, February 26, 2011

Bab 3...

TING TONG! Bunyi pintu 7ELEVEN bergema sekali lagi. Staff yang ada semuanya mengucapkan selamat datang kepada pelanggan yang masuk. Batrisyia sudah membuat muka sebal. Hari ini dia terasa sedikit tekanan kerana penghawa dingin di stor mereka rosak. Berapa lama mereka yang ada di situ sanggup bertahan pun dia tidak pasti. Staff dari stor lain semuanya asyik keluar masuk stor kerana kehangatan dan bahang amat terasa pada diri masing-masing. Peluh-peluh mulai menghiasi dahi mereka. Nah! Itu dia! Sekali lagi dia berbunyi...TING TONG! Staff-staff yang bermuka tegang terpaksa memaniskan muka. Itu polisi syarikat. Tak boleh nak bantah.
     Adli berjalan penuh bersemangat ke kaunter servis makanan. Selamba badaknya sahaja ambil bebola ikan sebatang dan mengunyahnya satu persatu. Batrisyia hanya memandang Adli dengan pandangan tajam. 'Monyet semalamlah!' getus hati kecil Batrisyia. Anak mata Adli memandang tepat ke arah Batrisyia. Senyuman mulai menghiasi bibirnya. Senyuman sinis!
     " Ammar,ya? Tolong ambilkan aku air soya," arah Adli.
     " Ambik sendirilah bebal," jawab Batrisyia,geram.
     " Masalahnya aku tak nak yang sejuk. Aku nak enam kotak,okey?" sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah mata Batrisyia. Batrisyia menjeling kemudian masuk ke bilik belakang. Dia fikir hari ini ada audit stor sahaja dia terpaksa beri muka kepada lelaki yang dipanggil monyet itu. Bukan dia tidak boleh bertekak seperti semalam, tetapi apabila mengenangkan pengurus stornya ada di sini, Field Manager yang cukup garang lagi, dia tidak sanggup menghadapi risiko di marah oleh orang atasan. Mungkin akan menjejaskan kenaikan pangkatnya yang akan berkuat kuasa bulan depan.
     Batrisyia membawa enam kotak air soya keluar dari bilik belakang. Adli melihat-lihat barang di stor. Anna yang dari tadi melihat Batrisyia tidak tentu arah disebabkan lelaki itu hanya menggelengkan kepala. 'Budak ni saja cari pasal dengan Sya nih,' fikir Anna sambil menggelengkan kepala.
     " Nah! 6 kotak,kan?" usul Batrisyia kepada Adli.
     " Eh! Kau ni bebal jugak ek? Aku nak kotak kecik aja. Yang kau bawak kotak besar-besar ni kenapa? Kau ingat aku nak buat kenduri doa selamat ekh?" bising Adli kepada Batrisyia. Tanpa banyak soal, Batrisyia menngambil air soya kotak kecil pula.
     " Aku nak jenama yeo's la. Sekarangkan ada promotion. Aku tak nak drinho. Mahal!"
     " Kejap!"
Akhirnya Batrisyia keluar dengan membawa air soya kotak yeo's sebanyak 6 kotak dan terus letakkan ke kaunter. Dengan keadaan stor yang hangat ini, Batrisyia terasa terlebih hangat dengan kehadiran Adli.
     " Biar Kak Anna yang scan Sya. Kesian Sya kena teruk dengan dia nih!" ujar Anna sambil menjeling Adli dengan penuh tajam. Adli hanya berpura-pura tidak nampak dengan jelingan tersebut. Malas nak ambil pusing sangat. Misi utamanya nak menggangu emosi Ammar. Batrisyia menguak rambutnya yang terjuntai ke belakang.
     " Tak apa Kak Anna. Sya boleh. Semua sekali RM7.50," ujar Batrisyia.
     " Sekali dengan bola ikan tadi?" tanya Adli dan menunjukkan ke arah lidi yang di buang di hadapan kaunter. Adli memang sahaja membuang di situ kerana nak menaikkan kemarahan Ammar.
     " Dah,"
     " Nah!"
     " Duit kecik sikit tak ada ke? Not 100 kita orang tak ambil sangat. Duit RM50 tak ada ke?"
     " Seratus bukan duit ke Cik Ammar?"
     " Ya. Tunngu lima minit," Batrisyia menekan mesin tidel yang mengandungi duit pecah untuk pelanggan. Bila dilihat duit not RM 1 terlampau banyak, Batrisyia tersenyum. Muslihat berganti tangan. Ketawa Batrisyia dalam hati. Kekejaman akan berlaku sebentar lagi.
     " Sorry la, duit RM 10 dah nak habis. Ini aja yang dapat kita orang bagi. Asalkan ada baki,kan?" ujar Batrisyia sambil menghulurkan baki sebanyak RM 92.50.
     " Biar betul! Takkan lah RM 52 kau bagi duit seringgit seringgit. Rabaklah dompet aku!"
     " Kami tak boleh nak buat apa. Kira baik jugaklah saya nak bagi RM 40 kat abang pakai RM 10 empat keping,kan? kalau saya bantai bagi seringgit-seringgit jugak? Tak ke abang boleh simpan aje duit abg tu untuk bagi duit raya aje kat budak-budak,nanti?" jawab Batrisyia sambil berlalu pergi. Pengajaran yang setimpal buat kau lelaki! Marah Batrisyia dalam hati. Senyuman sinis melingkari bibirnya.


p/s : nty aq sambunglaa..pinggang aq da mula sakit..dapat lak info dr manager aq..stor aq ada org curi brg...pas tu aq kena cover masuk kul 9 mlm niwh...so..aq nak lelap la barang sekejap pon...huhu..law x pengsan aq..ekekkeke...

Friday, February 25, 2011

Bab 2

     Muhammad Nur Adli sedang ralit membelek -belek motor Yamaha 125znya di halaman rumahnya. Dia bermain- main dengan enjinnya kemudian mematikan enjinnya. Kemudian Adli senyum sendirian. Kelihatannya dia berpuas hati dengan motor yang baru di belinya tiga minggu lalu.
     " Adli, kau ni pagi petang siang malam asyik dengan motor kau aje! Bingit telinga ibu dengarlah," bebel Puan Rahimatun kepada anaknya.
     " Rilexlah mother. Barulah remaja,"jawab Adli sambil ketawa macam kerang busuk.
     " Pegi dah kau punya rilex. Bila kau nak sambung belajar nih? Papa kau dah marah-marahlah. Kau cakap aja dekat ibu kau nak masuk kolej mana. Nanti pandai-pandailah kami nak settlekan hal kau. Kau sorang aja yang tak sambung belajar Adli dalam rumah ni. Jangan nak malukan keluarga ibu, faham?"
     " Ibu, Adli tak sedia lagilah. Adli nak kerja dulu. Nak cari pengalaman,"ujar Adli perlahan sambil menunduk.
     " Rasanya result STPM yang keluar 2 tahun lepas tu ok aje ibu tengok. Kau aja yang tak apply mana-mana tempat nak belajar,kan?" bebel Puan Rahimatun lagi.
     " Adli masuk dulu la ibu, penatlah kerja hari ni. Assalammualaikum," ucap Adli kepada ibunya. Malas dia nak melayan bebelan dan rungutan ibunya.

                                        *          *          *          *          *          *          *

     " Kita putus Adli, "ujar Nurul Hani kepada Adli dengan tenang. Baru sebentar tadi, mereka mengambil keputusan STPM bersama. Tiba-tiba Hani melafazkan sesuatu yang membuatkan dia tercengang.
     " Kenapa Hani cakap macam ni tiba-tiba? Selama ni, Adli ada buat salah apa dekat Hani? Cuba Hani terangkan? Hani dah janji dengan Adli nak sambung belajar sama-sama, kan?" tanya Adli bagai muntahkan peluru machine gun.
     "Kita bawa haluan masing-masing Adli. Adli tak ada salah apa-apa pun,"
     " Selama kita kenal, Adli sekali pun rasanya tak sakitkan hati Hani. Apa salah Adli?"
     " Kan Hani cakap, Adli tak salah apa-apa pun. Adli nanti belajar elok-elok,ya? Jangan fikirkan soal cinta lagi,okey?"
     " Suka hati Hani aja nak tentukan hidup Adli! Selagi Adli tak tahu kenapa Hani mintak putus ni, Adli takkan sambung belajar. Faham?! " marah  Adli kemudian berlalu dari situ.
     " Adli!!!!!" jerit Hani memanggil Adli. Namun Adli tidak mengendahkan lagi suara yang memanggilnya. Suara yang selalu memberi semangat untuknya belajar. Suara yang menasihati dan memberi perangsang kepadanya untuk teruskan pelajaran. Saat ini, hatinya luruh dan tidak bermaya kerana hubungan yang dia bina selama 3 tahun putus begitu sahaja. Tidak pernah sekali pun dia mengambil kesempatan ke atas Hani. Tetapi, kenapa dia berubah fikiran sebegini? Sakit hatinya hanya TUHAN sahaja yang mengetahuinya.

                                        *          *          *          *          *          *          *

SEJAK hari itu, Adli tidak pernah serius dengan mana-mana perempuan. Semua kawan perempuannya hanya stok untuk lepaskan tekanan sahaja. Untuk mencintai mereka, Adli tidak sanggup. Nama Nurul Hani telah ditanam kemas di dalam dasar hatinya. Walaupun hatinya pernah di toreh gadis manis itu. Tetapi hatinya masih untuk gadis itu. Adli memandang siling biliknya lama. Tiba-tiba dia teringat insiden di dalam kedai serbaneka yang dia pergi petang tadi. Senyuman sinis melingkari bibir Adli. 'AMMAR'.
     "Esok bakal bermula perang antara ADLI & AMMAR" ujar Adli sendirian. Akhirnya Adli terlelap dengan senyuman nakalnya yang ingin mengenakan emosi AMMAR. Muslihat bakal bermula.

Wednesday, February 23, 2011

sambungan . . .

Batrisyia melepaskan geramnya kepada Buku Com ( buku ini untuk memberitahu tentang segala kejadian yang berlaku semasa bekerja )
SHIFT : AFTERNOON
STAFF : ANNA & AMMAR
WEATHER : TERAMAT PANAS!

INFO :- arini sumenye berjalan dgn lancar...cuma ada seekor monyet yg lagaknya mmg agak kurg ajar...nyakitkan aty aq...selamat Kak Anna halang aq.. kalau x..mmg sakai la aq kerjakan mamat x cukup umor tu! da la bole smoking dalam ni.. tenyeh2 pakai kaki lak tu.. x berperikemanusiaan langsung! mmg cukup package la dy blaja at skolah dulu.. cukup kurang ajar! cukup mnyakitkan aty! anak sapa la dea ni!!!
p/s : to shift mlm...
aq da susun carton air mmg class  pnyer cantik la! kelas atasan pnye 7e pown x cantik mcm kat belakang...hahaha! harap korang jagalah cantik2..sakit pinggang aq mnyusun ntk audit esok... tata..
adiosa~ FROM AMMAR YG CUTE! PEACE NO WAR!!!

Lepas puas Batrisyia mencoretkan kata-kata geram dan info di dalam buku tersebut, Batrisyia meneruskan kerja-kerja yang biasa dilakukan. Tepat jam 11 malam, Anna dan Batrisyia bersiap sedia untuk tutup kaunter bagi shift petang. Rokok juga sudah siap dikira. Setelah siap semuanya, Batrisyia duduk di tepi kaunter sambil mengeluarkan telefon bimbitnya.

1 message received
'arini balik cepat..jgn lewat'
Umi ku.

'Erk..tak sabar sangat la umi nih! Macamlah aku nak merayau tak tentu hala..' getus hati Batrisyia. Lantas dia mengambil helmetnya di bilik belakang.

     "Eh, Abang Zack dah sampai?" tegur Batrisyia kepada tunang Anna.
     "Dah., baru aje abang sampai. Kak Anna kau sampai lambat, abang pun lambat la datang,"
     "Abang yang lambat hantar Anna petang tadi, abang cakap Anna yang datang lambat. Apalah abang nih, " celah Anna bila namanya disebut-sebut. Zack hanya senyum sahaja melihat Anna merajuk.
     Fahmi; staff baru sedang menjaga kaunter hanya tersengih mendengar perbualan kami.
     "Bila nak main futsal nih?" tanya Fahmi kepada semua.
     "Sya no hal je. Kena tanya Kak Cheraslah nanti macam mana dia nak settlekan jadual semua," jawab Batrisyia. Mereka yang lain cuma mengangguk tanda setuju. Anna dan Zack sudah pulang ke rumah. Batrisyia masih lagi berada di stor. Memang perangainya suka berlama-lama di stor. Dia berborak dengan Fahmi dan menceritakan tentang kisah yang terjadi petang tadi. Fahmi hanya menggeleng sahaja mendengar cerita Batrisyia. Hampir jam 12 tengah malam, Batrisyia meminta diri untuk pulang.

Saturday, February 12, 2011

Bab 1

Nurul Ammar Batrisyia berpeluh-peluh melakukan rutin hariannya di tempat kerjanya walaupun berhawa dingin. Nur Anna Delilah sedang melayan pelanggan di kaunter. Sebagai pekerja biasa di kedai serbaneka 7ELEVEN, Nurul Ammar Batrisyia bertanggungjawab sepenuhnya untuk memberi kepuasan yang maksimum kepada pengurus stornya, orang atasan dan yang paling penting kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.
     "Kak Anna, Eisya nak rehat kejap. Dah rasa macam nak tercabut pulak pinggang Eisya ni kak," ujar Batrisyia kepada Anna. Anna yang sedang membuat manual purchase hanya mengangguk. Sebagai seorang senior kepada Batrisyia, dia banyak menolong dan membantu Batrisyia. Pengurus stor mereka telah pergi ke mesyuarat antara stor tentang info terkini di Taman Maluri. Mungkin sebentar lagi, Cheras Delima akan pulang untuk singgah sebentar untuk menjenguk stor mereka.
     Batrisyia membuka baju kerjanya (smock) dan letakkan di atas kerusi. Kemudian duduk di atas kerusi dan meluruskan pinggangnya kerana badannya terasa lenguh-lenguh. 'Kalau ada orang urut ni best nih!' fikir Batrisyia dalam hati. Batrisyia terpandang tanda namanya kemudian tersenyum sendiri. 'AMMAR' Ramai yang terkejut dengan namanya. Mungkin mereka tidak sangka pemiliknya seorang perempuan. Batristia menjamah roti jagung sahaja kerana perutnya masih terasa kenyang.
     Setelah lima belas minit berada di bilik belakang, Batrisyia mengelamun tentang kenaikan pangkatnya setelah mendapat ikhtiraf setelah enam bulan bekerja. Tetapi, dia tidak mungkin lama di sini kerana dia ingin melanjutkan pelajarannya ke lebih tinggi. Cuma dia berasa terharu kerana dinaikkan pangkat sebelum dia berhenti nanti. Mengingati zaman semasa mula-mula Batrisyia bekerja di sini dahulu sangat melucukan.
     "Eisya! Tolong Kak Anna stock up air 100plus botol kecil. Dah habislah Sya. Nanti Kak Cheras balik, bising pula dia nanti," jerit Anna perlahan, namun masih didengari oleh Batrisyia.
     "Baik,kak!"jawab Batrisyia dan segera membuat kerjanya setelah selesai berehat. Sedang elok dia mengisi air dari pintu belakang peti (chiller), dia ternampak kelibat seorang lelaki baya dirinya sedang sedap menghisap rokok dan membuang puntung rokok di dalam stornya. 'Siot! Aku sapu bukan main lagi, mop sampai sakit-sakit pinggang aku. Selamba badak dia aja buang puntung rokok kat sini. Boleh pulak dia tenyeh-tenyeh pakai kaki pulak tu. Kurang ajar!' marah Batrisyia dalam hati.
     Batrisyia terus keluar untuk memberi sedikit pelajaran kepada pemuda itu supaya belajar beradap sedikit dan tahu menghormati kerja orang.
     "Excuse me, encik, " ujar Batrisyia. Pemuda itu memberi laluan kepada Batrisyia. Memang Batrisyia dah pasang niat nak melakukan sesuatu untuk memberi peringatan kepada orang seperti ini. Dia berpura-pura mengambil air coke botol 1.5L dan sengaja menjatuhkan ke atas kaki pemuda itu.
     " Ouch! Apasal hempas kat kaki aku ni?"
     " Eh! Sorry la abang. Saya tak sengajalah"jawab Batrisyia bersahaja. Dia menguak rambutnya kemudian menuju ke arah Anna.
     " Suka hati aje kau ni la! kau ingat aku patung ke?"
     "Habis aku ni pon patung jugak la? Suka-suka hati kau aja buang rokok kau kat sini. Kau hisap rokok dalam ni pon dah menjadi satu kesalahan. Lainlah kau buta tak nampak papan tanda besar gedabak kat depan pintu ni. Taklah aku kisah sangat. Perangai macam monyet terlepas dari zoo. Bebal!" luah Batrisyia marah. Matanya merah menyala dan amat tegang sekali melihat pemuda yang sangat tidak bersopan itu.
     "Sya, dahlah. Nanti Kak Cheras datang marah pulak tengok Eisya ngamuk-ngamuk macam ni."
     "Ammar peduli apa kak! kau kutip sekarang puntung rokok kau sekarang!"
     "Pergi jahanam! Tak ingin aku buat kerja yang bukan kerja aku." jawab pemuda itu kasar. Tidak mahu mengalah juga dia ni.
     "siot!" marah Batrisyia.  Kemudian dia mengambil penyapu dan penyodok sampah dan segera membuat kerja. Pemuda itu tersenyum puas setelah menang bertanding mulut dengan gadis yang ekstrem macam seorang lelaki. 'Gadis itu memang sangat berani.'getus hati pemuda itu. 'Esok aku nak kacau emosi dia lagi. Bestlah pulak!Hahahahaha' ketawa pemuda itu dalam hati. AMMAR? pelik juga.

Wednesday, February 9, 2011

Assalammualaikum...

Sebenarnya...saya wujudkan blog ni sebab nak share mcm2 dengan korang...
rasanya mcm nak menulis...hee...
arap2 law saya menulis dalam niwh nty...korang sumer tolong la bagi komen positif...
saya pown x taw la apa kritikan yg saya bakal terima nty...tetapi saya betul2 ingin berkongsi dengan korang sume...
so...ENJOYLAH!!!!
peace "KELLY"