Search This Blog

Wednesday, December 28, 2011

Bab 8 DAH . . .

     "Ammar!!!!!"
     " Siapa tu?!" tanya Batrisyia, kerana dia hanya mendengar suara lelaki memanggil namanya. Batrisyia mencari -cari siapakah gerangan orang yang memanggil namanya. Dia sangat takut berada di kawasan pergunungan yang sangat tinggi bersendirian. Batrisyia masih mendengar orang memanggil namanya. Akhirnya dia terjumpa juga lelaki yang memanggil namanya. Lelaki tersebut hampir terjatuh ke dalam gaung kerana tergelincir. Lelaki itu cuma memaut pada batu yang hampir jatuh. Batrisyia bergegas ke arah lelaki tersebut, dia sangat mengenali lelaki itu. Dia menghulurkan tangannya ke arah lelaki itu. Lelaki itu terus menerpa ke arah Batrisyia. Tiba-tiba Batrisyia terjatuh.

     "Uiks! Aku mimpi ke?! Pukul berapa dah ni?! "tanya Batrisyia sendiri. Jam baru menunjukkan jam 11.30 malam. Haish! Sebelum tidur tadi lupa basuh kaki. Tiba-tiba Umi masuk ke dalam bilik Batrisyia.
    "Kau menjerit tiba-tiba tadi kenapa? Dah tidur ke kau? Tolong umi beli roti, tadi lupa nak pesan kat kaulah,"arah Umi kepada Batrisyia. Batrisyia hanya mengangguk kemudian mencuci mukanya. Dia rasa malas nak membawa motornya, jadi dia hanya berjalan kaki ke tempat kerjanya.

Batrisyia memerhatikan dari luar pintu kedai serbaneka 7-ELEVEN itu masih terbuka. Hatinya hampa untuk memulakan kerja pada hari esok. Penghawa dingin masih lagi rosak. Batrisyia berjalan ke arah kedai sambil menyeret kakinya, Anna hanya memandang Batrisyia yang masuk dengan tidak semangat.
     "Nampak macam tak semangat aja Sya,"tegur Anna.
     " Aircond tu bilalah nak elok, ingat dah ada orang datang repair. Dekat sebulan dah ni kak Anna. Kita kena cari ikhtiar kak,"jawab Batrisyia sambil mengambil roti di rak roti.
     "Sya tak beli kaya ke? Entahlah Sya, akak pun tak tahu nak kata apa. Kak Cheras pun dah sampai nangis-nangis suruh maintanance datang. Dia orang buat dek jugak. Apa lagi yang boleh di buat, aduh. Sabar ajalah Sya,"ujar Anna, bersikap tenang.
     "Kak kira sekali dengan kayalah, apa-apalah. Sya dah bosan dah, Fahmi mana kak?"
     " Ada aja dia dekat belakang tu, entah apa aja dia tu. Sampai-sampai pergi toilet,"
     " Biasalah tu, sakit perutlah tu kak, oklah nak balik dah. Esok kerja pagi pulak,bye" lambai Batrisyia kepada Anna. Semasa dia keluar sahaja dari pintu 7-eleven, Batrisyia bertembung dengan Adli yang ingin masuk. Tubuh Batrisyia yang kecil tidak dapat mengimbangkan dirinya, akhirnya dia jatuh tersungkur di depan pintu.
    "Kau nih menghalang laluanlah! Tepilah,"marah Adli kepada Batrisyia yang sudah jatuh di depan pintu. Batrisyia malas nak bertekak, dia terus berjalan keluar dari kedai serbaneka tersebut.
     Adli hairan dengan tindakan Batrisyia yang selalu hendak cari gaduh dengan dia, tetapi hari ini Batrisyia tidak melawan seperti biasa. Adli membeli air 100 PLUS kemudian terus menaiki motornya. Semasa memandu, Adli melihat seorang perempuan  di kelilingi oleh 4 orang lelaki. Adli jadi hairan, kemudian dia berhenti.
     "Kau orang semua nih nak buat apa nih?"tanya Adli kepada empat orang lelaki tersebut.
     "Kau diamlah! Tak payah berlagak jadi hero,okey? Masalah ni antara kami dengan perempuan tomboy nih! Kau jangan nak masuk campur!" jawab salah seorang daripada pemuda tersebut.
     "Kau orang nak apa dari aku nih? Aku tak kacau hidup kau orang pun,kan? So, let me go!" marah Batrisyia kerana tangannya dipegang oleh dua orang daripada mereka.
     Adli menjadi risau dengan keadaan seperti itu. Dia terus   ke arah lelaki yang memegang Batrisyia. Kemudian memberi sedas tumbukan padu ke salah seorang lelaki tersebut hingga berdarah mulutnya.
     "Aku dah pesan! Jangan masuk campur,kan? Kau pernah fikirkan ke tak tindakan kau nih ?" marah lelaki yang memegang Batrisyia, lalu dia mengeluarkan pisau kemudian menghunus ke perut Batrisyia. Batrisyia tertunduk. Adli terus panik dengan keadaan yang sangat tiba-tiba itu. Keempat-empat mereka terus menghilangkan diri dengan motor masing-masing.
      Adli panik melihat darah yang membuak-buak keluar dari perut Batrisyia. Batrisya menarik-narik tangan Adli. Kawasan itu sangat sunyi.Tanpa fikir panjang, Adli mendukung Batrisyia kemudian di bawanya menggunakan motor dan terus menuju ke HUKM. Tika itu, jantung Adli berdegup kencang melihat darah, dan melihat keadaan Batrisyia yang lemah.
     Sesampai sahaja di hospital, Adli bergegas membawa Batrisyia ke wad kecemasan. Peluh-peluh sudah habis merembes ke dahi dan seluruh tubuh Adli. Hendak telefon siapa pun dia tidak tahu.
KRING! KRING! Telefon bimbit berbunyi. Adli cepat-cepat mengangkat.
     "Sya! Mana kamu tak balik-balik nih? Risau Umi,"ujar Umi setelah talian telefon di angkat. Adli terketar- ketar untuk menjawab soalan daripada ibu Batrisyia.
     "Harap makcik bersabar ya, anak makcik sekarang dekat HUKM,"jawab Adli.
     "Hah! Astagfirullah Hal Azim. Makcik datang sekarang," jawab Umi kemudian terus mematikan talian telefon.

samBuNGAN bab 7 . . .

Batrisyia sangat selesa apabila bersama dengan Hakimi. Pertuturan Hakimi sangat sopan, mengalahkan dirinya yang serba- serbi kasar. Bermacam - macam yang diceritakan oleh Hakimi tentang bengkel yang diusahakan olehnya dan beberapa orang rakan. Hakimi ada mengajak Batrisyia mengunjungi bengkelnya jika ada waktu lapang.
     "Saya ada janji dengan kawan saya, apa-apa nanti saya mesej ke nombor awak ya, Kimm."
     "You nak keluar dengan siapa?"
     "Keluar dengan kawan sekolah saya tengok movie. Hari ini kan saya cuti, saya naklah spend time dengan diorang. Awak tak keluar mana-mana ke lepas ni?"tanya Batrisyia.
     "Nak keluar macam mana, kan I bagitahu you tadi, kawan I ada dekat JB sekarang. Malas keluar sorang-sorang. Ingat you nak teman I sehari nih,"jawab Hakimi.
     "WERK!" jawab Batrisyia sambil berlalu. Dia tahu Hakimi hanya bergurau sahaja. Kemudian Batrisyia menghidupkan motornya kemudian pergi. Hakimi hanya memandang Batrisyia dari jauh. Dia suka melihat Batrisya yang sangat bersahaja dengan sikapnya.


                                                      *          *          *          *          *

ADLI sedang mengemas barang- barang dia ke dalam beg. Dia sangat bersemangat untuk pulang ke Kuala Lumpur. Bosan baginya berada di Johor Bahru. Tiada yang menarik baginya. Tepat pukul 8 malam dia akan memulakan perjalanannya. Lebih kurang jam 12 tengah malam dia akan sampai di Kuala Lumpur. Dekat 3 malam tidur dekat bengkel, sakit seluruh sendi-sendi dan tulang belakangnya. Akhirnya Adli pulang setelah bersalaman dengan Farhan dan Kamil.


                                                      *           *           *          *           *

HAKIMI sangat gembira hari ini. Gadis yang dikutuk oleh Adli itu sangat menarik hatinya walaupun dari luarannya, gadis itu nampak kasar namun jauh di sudut hatinya, Batrisyia sangat baik dan lembut orangnya. Adli itu seorang yang buta hati kerana kisah silam. Biarlah, asalkan dia akan berusaha untuk menakluk hati Batrisyia. Hakimi tidak mahu mencari Batrisyia, dia mahu gadis itu sendiri yang mencari dia.

                                                       *          *          *          *            *

BATRISYIA sampai di rumah tepat pukul 10 malam. Dia memang sangat gembira apabila dapat keluar dengan kawan - kawan yang sudah banyak terasa dengan dirinya kerana terlampau sibuk dengan urusan pekerjaan. Hari ini sahaja dia pergi menonton wayang dan membeli belah. Hati Batrisyia sangat terpaut untuk membeli selendang, tetapi dibiarkan sahaja niatnya. Belum sampai masanya untuk dirinya berubah. Walaupun dia tahu sangat berdosa kerana tidak menutup aurat, tetapi dia rasa dirinya masih belum bersedia dengan perwatakan yang sangat kasar.
     Tiba-tiba sahaja Batrisyia teringatkan perbualan antara dia dan Hakimi pagi tadi. Entah bila dia ingin berjumpa lagi dengan jejaka itu pun, aku tidak tahu. Entah-entah Hakimilah jejaka tampan yang suruh Khai kirim salam tempoh hari. Memang dia tampan pun, tak dapat disangkal lagi.
      Tak lama lepas itu, Batrisyia terlelap di katil bujangnya. Badan dia sangat letih kerana berjalan sehari suntuk.