Search This Blog

Friday, February 25, 2011

Bab 2

     Muhammad Nur Adli sedang ralit membelek -belek motor Yamaha 125znya di halaman rumahnya. Dia bermain- main dengan enjinnya kemudian mematikan enjinnya. Kemudian Adli senyum sendirian. Kelihatannya dia berpuas hati dengan motor yang baru di belinya tiga minggu lalu.
     " Adli, kau ni pagi petang siang malam asyik dengan motor kau aje! Bingit telinga ibu dengarlah," bebel Puan Rahimatun kepada anaknya.
     " Rilexlah mother. Barulah remaja,"jawab Adli sambil ketawa macam kerang busuk.
     " Pegi dah kau punya rilex. Bila kau nak sambung belajar nih? Papa kau dah marah-marahlah. Kau cakap aja dekat ibu kau nak masuk kolej mana. Nanti pandai-pandailah kami nak settlekan hal kau. Kau sorang aja yang tak sambung belajar Adli dalam rumah ni. Jangan nak malukan keluarga ibu, faham?"
     " Ibu, Adli tak sedia lagilah. Adli nak kerja dulu. Nak cari pengalaman,"ujar Adli perlahan sambil menunduk.
     " Rasanya result STPM yang keluar 2 tahun lepas tu ok aje ibu tengok. Kau aja yang tak apply mana-mana tempat nak belajar,kan?" bebel Puan Rahimatun lagi.
     " Adli masuk dulu la ibu, penatlah kerja hari ni. Assalammualaikum," ucap Adli kepada ibunya. Malas dia nak melayan bebelan dan rungutan ibunya.

                                        *          *          *          *          *          *          *

     " Kita putus Adli, "ujar Nurul Hani kepada Adli dengan tenang. Baru sebentar tadi, mereka mengambil keputusan STPM bersama. Tiba-tiba Hani melafazkan sesuatu yang membuatkan dia tercengang.
     " Kenapa Hani cakap macam ni tiba-tiba? Selama ni, Adli ada buat salah apa dekat Hani? Cuba Hani terangkan? Hani dah janji dengan Adli nak sambung belajar sama-sama, kan?" tanya Adli bagai muntahkan peluru machine gun.
     "Kita bawa haluan masing-masing Adli. Adli tak ada salah apa-apa pun,"
     " Selama kita kenal, Adli sekali pun rasanya tak sakitkan hati Hani. Apa salah Adli?"
     " Kan Hani cakap, Adli tak salah apa-apa pun. Adli nanti belajar elok-elok,ya? Jangan fikirkan soal cinta lagi,okey?"
     " Suka hati Hani aja nak tentukan hidup Adli! Selagi Adli tak tahu kenapa Hani mintak putus ni, Adli takkan sambung belajar. Faham?! " marah  Adli kemudian berlalu dari situ.
     " Adli!!!!!" jerit Hani memanggil Adli. Namun Adli tidak mengendahkan lagi suara yang memanggilnya. Suara yang selalu memberi semangat untuknya belajar. Suara yang menasihati dan memberi perangsang kepadanya untuk teruskan pelajaran. Saat ini, hatinya luruh dan tidak bermaya kerana hubungan yang dia bina selama 3 tahun putus begitu sahaja. Tidak pernah sekali pun dia mengambil kesempatan ke atas Hani. Tetapi, kenapa dia berubah fikiran sebegini? Sakit hatinya hanya TUHAN sahaja yang mengetahuinya.

                                        *          *          *          *          *          *          *

SEJAK hari itu, Adli tidak pernah serius dengan mana-mana perempuan. Semua kawan perempuannya hanya stok untuk lepaskan tekanan sahaja. Untuk mencintai mereka, Adli tidak sanggup. Nama Nurul Hani telah ditanam kemas di dalam dasar hatinya. Walaupun hatinya pernah di toreh gadis manis itu. Tetapi hatinya masih untuk gadis itu. Adli memandang siling biliknya lama. Tiba-tiba dia teringat insiden di dalam kedai serbaneka yang dia pergi petang tadi. Senyuman sinis melingkari bibir Adli. 'AMMAR'.
     "Esok bakal bermula perang antara ADLI & AMMAR" ujar Adli sendirian. Akhirnya Adli terlelap dengan senyuman nakalnya yang ingin mengenakan emosi AMMAR. Muslihat bakal bermula.

No comments: