Search This Blog

Wednesday, November 2, 2011

Masih di bab eNam meyh~

SEBELAS malam tepat, Batrisyia dengan mata kuyunya berdiri di hadapan pintu 7-ELEVEN. Penghawa dingin masih lagi belum dibaiki. Peluh-peluh kecil masih merenik di dahi. 'Bilalah dia nak datang baiki ni. Hari-hari macam ni mati kering aku!' marah Batrisyia dalam hati. Fahmi sudah pun pulang pukul 7 malam tadi. Sekarang Muhammad Azri bekerja shift malam (7pm-7am).
     Batrisyia masih tercongok di depan pintu menunggu Anna yang masih belum tiba. Melihat suasana malam yang berada di Wisma Indah dengan telatah pelbagai jenis manusia yang masih bekerja. Anna tiba dengan senyuman apabila melihat Batrisyia sedang menunggunya di hadapan.
     "Akak lambat sangat ke Sya?" tanya Anna dengan gelisah. Batrisyia hanya menggeleng dan masuk ke dalam stor bersama Anna.
     " Panas sangat kak, kat dalam tu. Itu yang melepak kat luar nih, sambil hirup udara segar,"
     "Udara segarlah sangat kat luar tu. Model sambilan adalah,"jawab Anna sambil ketawa sopan. Mana tidaknya, perempuan dari negara luar dan negara ini sendiri sedang sibuk 'memperagakan'  diri masing-masing. Faham-faham sendirilah. Wisma Indah ini dah cukup terkenal, kadang-kadang sampai keluar muka hadapan surat khabar tentang keburukannya, tetapi gejala ini masih tetap berleluasa.
     "Haha! Kak Anna, model sambilan ya? Buat lawak nampak. Tadi adik kena ngorat dengan 'nyah' tahu kak Anna," ujar Batrisyia sambil ketawa kuat kemudian menjeling kepada Muhammad Azri.
     "Diamlah kak Sya, bukan nak back up adik tadi. Di biarkan aja adik kena peluk dengan 'nyah'. Dah lah tu, geli gila adik dengan dia, panggil adik papa,"adu Muhammad Azri yang lebih senang membahasakan dirinya adik. Dia menjuihkan bibirnya, kemudian menyapu sampah di dalam stor. Malam ini ada penghantaran stok dari HQ. Nasib baik Anna bekerja dengan Muhammad Azri, sebab Muhammad Azri ini rajin. Jadinya, mungkin keesokan stor akan bersih. Senang sikit hati Cheras Delima esok.
     "Kak, Sya balik dulu ya? Bye adik, nanti Jess datang jangan lari-lari tahu?"ajuk Batrisyia sambil ketawa, kemudian berlalu pergi sambil memegang helmet. Muhammad Azri membuat muka kemudian tersenyum.

                                                     *          *          *          *          *

Hakimi berulang kali melihat telefon bimbitnya. Dia ingin mengajak Batrisyia keluar minum-minum. Sungguh, dia amat menyukai sepasang mata Batrisyia. Ianya nampak jujur,walaupun luaran dia nampak kasar. 'Gadis ini tidak salah aku yang bergaduh dengan Adli tempoh hari' bisik hati Hakimi. Mata hati Hakimi dapat melihat kecantikan milik Batrisyia. Adli memang buta selama ini. Dia buta dengan Nurul Hani. Hakimi kembali merenung telefon bimbitnya, kemudian dia mengeluh. Jam sudah menunjukkan 23:40, mungkin dia sudah pulang ke rumah. Lagipun sudah lewat malam. Gejolak hatinya ingin sekali berjumpa dengan Batrisyia. Tiba-tiba Hakimi menepuk dahinya. 'Aku mana ada nombor dia! Argh! Kena tunggu dia call aku ke? Atau jumpa dia sekali lagi ni?Bodohnya aku!' marah Hakimi pada diri sendiri.
     Telefon bimbit dia berdering tanda mesej masuk.

1 message received
+6012*&^*^*&
Hai, saya nih Sya. Esok jom breakfast kat mamak,nak?
Saya cuti esok. Bosan lah..boleh?

Hati Hakimi berbunga riang apabila mendapat mesej tersebut. Hakimi tersengih-sengih kemudian membalas mesej tersebut dengan perkataan ok sahaja.


p/s : nty sambung len...tetibe perot aq sebu semacam...gpown da lewat neh..
       sok kene bangun pagi kot =)

No comments: