Search This Blog

Saturday, February 26, 2011

Bab 3...

TING TONG! Bunyi pintu 7ELEVEN bergema sekali lagi. Staff yang ada semuanya mengucapkan selamat datang kepada pelanggan yang masuk. Batrisyia sudah membuat muka sebal. Hari ini dia terasa sedikit tekanan kerana penghawa dingin di stor mereka rosak. Berapa lama mereka yang ada di situ sanggup bertahan pun dia tidak pasti. Staff dari stor lain semuanya asyik keluar masuk stor kerana kehangatan dan bahang amat terasa pada diri masing-masing. Peluh-peluh mulai menghiasi dahi mereka. Nah! Itu dia! Sekali lagi dia berbunyi...TING TONG! Staff-staff yang bermuka tegang terpaksa memaniskan muka. Itu polisi syarikat. Tak boleh nak bantah.
     Adli berjalan penuh bersemangat ke kaunter servis makanan. Selamba badaknya sahaja ambil bebola ikan sebatang dan mengunyahnya satu persatu. Batrisyia hanya memandang Adli dengan pandangan tajam. 'Monyet semalamlah!' getus hati kecil Batrisyia. Anak mata Adli memandang tepat ke arah Batrisyia. Senyuman mulai menghiasi bibirnya. Senyuman sinis!
     " Ammar,ya? Tolong ambilkan aku air soya," arah Adli.
     " Ambik sendirilah bebal," jawab Batrisyia,geram.
     " Masalahnya aku tak nak yang sejuk. Aku nak enam kotak,okey?" sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah mata Batrisyia. Batrisyia menjeling kemudian masuk ke bilik belakang. Dia fikir hari ini ada audit stor sahaja dia terpaksa beri muka kepada lelaki yang dipanggil monyet itu. Bukan dia tidak boleh bertekak seperti semalam, tetapi apabila mengenangkan pengurus stornya ada di sini, Field Manager yang cukup garang lagi, dia tidak sanggup menghadapi risiko di marah oleh orang atasan. Mungkin akan menjejaskan kenaikan pangkatnya yang akan berkuat kuasa bulan depan.
     Batrisyia membawa enam kotak air soya keluar dari bilik belakang. Adli melihat-lihat barang di stor. Anna yang dari tadi melihat Batrisyia tidak tentu arah disebabkan lelaki itu hanya menggelengkan kepala. 'Budak ni saja cari pasal dengan Sya nih,' fikir Anna sambil menggelengkan kepala.
     " Nah! 6 kotak,kan?" usul Batrisyia kepada Adli.
     " Eh! Kau ni bebal jugak ek? Aku nak kotak kecik aja. Yang kau bawak kotak besar-besar ni kenapa? Kau ingat aku nak buat kenduri doa selamat ekh?" bising Adli kepada Batrisyia. Tanpa banyak soal, Batrisyia menngambil air soya kotak kecil pula.
     " Aku nak jenama yeo's la. Sekarangkan ada promotion. Aku tak nak drinho. Mahal!"
     " Kejap!"
Akhirnya Batrisyia keluar dengan membawa air soya kotak yeo's sebanyak 6 kotak dan terus letakkan ke kaunter. Dengan keadaan stor yang hangat ini, Batrisyia terasa terlebih hangat dengan kehadiran Adli.
     " Biar Kak Anna yang scan Sya. Kesian Sya kena teruk dengan dia nih!" ujar Anna sambil menjeling Adli dengan penuh tajam. Adli hanya berpura-pura tidak nampak dengan jelingan tersebut. Malas nak ambil pusing sangat. Misi utamanya nak menggangu emosi Ammar. Batrisyia menguak rambutnya yang terjuntai ke belakang.
     " Tak apa Kak Anna. Sya boleh. Semua sekali RM7.50," ujar Batrisyia.
     " Sekali dengan bola ikan tadi?" tanya Adli dan menunjukkan ke arah lidi yang di buang di hadapan kaunter. Adli memang sahaja membuang di situ kerana nak menaikkan kemarahan Ammar.
     " Dah,"
     " Nah!"
     " Duit kecik sikit tak ada ke? Not 100 kita orang tak ambil sangat. Duit RM50 tak ada ke?"
     " Seratus bukan duit ke Cik Ammar?"
     " Ya. Tunngu lima minit," Batrisyia menekan mesin tidel yang mengandungi duit pecah untuk pelanggan. Bila dilihat duit not RM 1 terlampau banyak, Batrisyia tersenyum. Muslihat berganti tangan. Ketawa Batrisyia dalam hati. Kekejaman akan berlaku sebentar lagi.
     " Sorry la, duit RM 10 dah nak habis. Ini aja yang dapat kita orang bagi. Asalkan ada baki,kan?" ujar Batrisyia sambil menghulurkan baki sebanyak RM 92.50.
     " Biar betul! Takkan lah RM 52 kau bagi duit seringgit seringgit. Rabaklah dompet aku!"
     " Kami tak boleh nak buat apa. Kira baik jugaklah saya nak bagi RM 40 kat abang pakai RM 10 empat keping,kan? kalau saya bantai bagi seringgit-seringgit jugak? Tak ke abang boleh simpan aje duit abg tu untuk bagi duit raya aje kat budak-budak,nanti?" jawab Batrisyia sambil berlalu pergi. Pengajaran yang setimpal buat kau lelaki! Marah Batrisyia dalam hati. Senyuman sinis melingkari bibirnya.


p/s : nty aq sambunglaa..pinggang aq da mula sakit..dapat lak info dr manager aq..stor aq ada org curi brg...pas tu aq kena cover masuk kul 9 mlm niwh...so..aq nak lelap la barang sekejap pon...huhu..law x pengsan aq..ekekkeke...

No comments: