Search This Blog

Saturday, March 26, 2011

sambung balik...

Batrisyia keluar dari bilik belakang sepuluh minit selepas Adli keluar dari stor. Batrisyia mengibas-ngibas mukanya dengan surat khabar yang hendak dipulangkan semula kepada penghantarnya (vendor).
     "Lama-lama kurus aku kat sini Khai,"bebel Batrisyia kepada Khairul. Mukanya masih berkerut dengan penghawa dingin yang rosak.
     " Sabarla Sya. Aku kalau boleh repair, dah lama dah aku buat. Masalahnya, aku pun tak tahu apalah masalah 'binatang' nih!" pujuk Khairul tetapi dalam masa yang sama melepaskan geramnya juga.
     "Dah dekat pukul 3pagi dah ni. Kau pergilah stock up air, biar aku jaga depan. " arah Batrisya kepada Khairul. Kalau dilayannya berborak, sampai ke pagi pun tidak siap. Pagi-pagi dah makan maki sahajalah kalau ada staff yang buat hal.
     " Sebelum aku terlupa, tadi ada orang cakap dia kirim salam kat kau,"
     " Siapa?"
     " Nama aku tak tahu. Tapi dia cakap dia jejaka tampan,"
     " Jejaka tampan? Ish, entah sapa-sapalah kau ni. Pergilah belakang, asyik nak mengarut aje kerja kau nih!" marah Batrisyia, geram apabila ada orang mengirim salam kepada dirinya. Tak pernah sejak dari kerja di sini, tiada mana-mana lelaki yang mengirim salam kepada dirinya. Khairul masuk ke dalam sambil menunjuk jari telunjuknya.
     "Ada peminatlah!" jerit Khairul, kemudian bergegas berlari menuju ke bilik belakang seraya mengunci terus pintu. Batrisyia yang berang telah mengejar Khairul dengan penyapu. Nahas kau! Kedengaran ketawa Khairul masih kuat dari dalam.
     "Dik!" tegur seorang pak cik tua yang ingin membayar air red bullnya. Batrisyia dengan segera berlari ke arah kaunter.
     " Sorry. RM 3 saja pak cik,"selepas membuat pembayaran, pak cik tadi keluar. Batrisyia membuat kerja seperti biasa. Biasanya, waktu malam ini lebih tertumpu kepada bahagian pembersihan sahaja. Batrisyia menyapu lantai, kemudian mengemop lantai dengan bersih. Susun atur barang juga telah disusun dengan baik. Batrisyia berpuas hati apabila kerjanya sudah selesai.

                                                                 *          *          *

ADLI bergegas ke Johor Bahru setelah jam 7 pagi. Dia hanya menunggang motorsikalnya kerana tidak gemar menaiki bas. Malas dia hendak berasak - asak dengan orang ramai semata-mata hendak ke Johor. Biar sakit pinggangnya merempit, lagipun lebih pantas dan tidak perlu bersungut dengan kerenah dan ragam penumpang yang lain.
     Sampai di Seremban, Adli berhenti untuk makan tengah hari walaupun masih awal untuk makan tengah hari. Targetnya, ini sahaja waktu rehatnya, selepas ini dia tidak akan berhenti untuk berehat. Telefon bimbitnya berdering melagukan nada lagu Sofea Jane nyanyian Black Mentor.
     " Assalammualaikum, Adli. Kau dah sampai mana?" tanya Hakimi dengan tenang.
     " Wa'alaikummussalam. Aku baru sampai dekat Seremban ni Kimm. Kenapa?"
     " Tak ada apa-apa. Budak-budak sana call, diorang cakap banyak problem. Memang kau kena stay sanalah dalam 3 hari. Boleh?" ujar Hakimi, sambil mengharapkan Adli boleh membantunya.
     " Aku dah agak dah. Okey aje la, memang dah rasa pun. Kau kat sana, boleh handle sorang ke?"
     " Kau jangan risau, aku ada back up kat sini,"jawab Hakimi, kemudian mematikan talian telefonnya setelah selesai berborak dengan Adli. Adli hanya mendengar arahan yang disampaikan Hakimi. Walaupun mereka berkawan, tetapi dia tetap menghormati Hakimi sebagai ketuanya.

No comments: