Search This Blog

Monday, January 23, 2012

mAsih di Bab 8~

Ibu Batrisyia sampai ke HUKM dengan menaiki teksi bersama anak lelakinya. Adli mundar - mandir di depan wad kecemasan. Wajahnya sangat pucat ketika ini, darah hanyir yang melekat pada bajunya kini tidak di endahkan, sebaliknya dia hanya menunggu keputusan doktor.
     Adli terdengar suara seorang perempuan bertanya di kaunter pertanyaan tentang Ammar Batrisyia. Adli terus menerpa ke arah wanita dan anak lelakinya.
     "Mak cik ni, mak Ammar ke? Saya yang bawa dia ke sini tadi makcik,"ujar Adli memulakan bicara. Kemudian menyalam tangan ibu Batrisyia dan adik lelaki Batrisyia.
      "Apa dah jadi dengan anak mak cik? Siapa yang tergamak buat dia macam tu?"tanya ibu Batrisyia sambil tersedu sedan menangis terkenangkan anak sulungnya. Satu-satunya anak yang dia harapkan.
      "Saya pun tak tahu apa-apa mak cik, saya nampak dia dikelilingi beberapa budak motor, saya tolong dia, tetiba salah seorang daripada mereka menikam perut Ammar,saya panik terus bawak dia naik motor datang sini,"terang Adli satu per satu.
      "Mirul rasa ini kerja geng si Danial tu lah umi, dia orang tak puas hati sebab sebelum ni, kak Sya ada report polis pasal kegiatan dadah dia. Abang si Danial tu dah tertangkap, itu yang dia datang balas dendam dekat Kak Sya tu umi,"tiba-tiba adik Batrisyia; Amirul menyampuk.
       Mendengarkan itu, ibu Batrisyia naik radang dengan tiba-tiba. Amirul cuba mententeramkan ibunya. Tiba-tiba doktor keluar dan memberitahu Batrisyia kehilangan banyak darah dan akan cuba menyelamatkan pesakitnya.
      "Mirul, kau pergi call tempat kerja kakak kau, cakap kakak kau accident, ada mc,"arah Adli kepada Amirul. Ibu Batrisyia duduk sahaja sambil memikirkan nasib anaknya yang sedang bertarung dengan maut.
      Adli segera berjumpa dengan doktor untuk berbincang tentang keadaan Batrisyia.
      "Pesakit sekarang dalam keadaan kritikal, kalau tak ada penderma darah jenis AB, dia tak akan dapat diselamatkan,"
      "Doktor boleh cuba test darah saya tak? Mana tahu saya boleh tolong dia,"
      "Encik ada apa-apa pertalian ke dengan pesakit?"
      " Saya tunang dia,"
      "Baiklah, encik. Oh ya! Sebelum saya terlupa, kes ini kes cubaan membunuh, jadi encik kena laporkan kepada polis dan menceritakan tentang kejadian ini,"
       "Ya, selesai sahaja semua, saya akan segera ke balai polis untuk buat report,"jawab Adli. Dia terasa ingin menolong Batrisyia kali ini, dia amat kasihankan ibu Batrisyia yang sangat sedih di hadapan.' Tapi,kenapa aku nak dermakan darah aku dekat dia? Sedangkan aku sangat memusuhi dia?  Perempuan kasar yang sangat dia benci,kenapa hatinya terniat untuk menolong?' semua itu bermain -main di kotak fikiran Adli. Dia dalam keadaan bingung, namun dia terasa diri dia sangat ikhlas sekarang. Cuma perasaan aneh yang bertamu di hatinya kini. Hatinya berdegup kencang tatkala Batrisyia memegang erat tubuhnya semasa separuh sedar tadi. Dia terperasankan bibir comel Batrisyia. Ya! Sangat comel anugerah Tuhan itu.
       Setelah diteliti, darah Batrisyia dan Adli sama-sama datang dari jenis 'AB'. Maka, seberapa segera pemindahan darah dilakukan setelah diperiksa tiada masalah tentang darah penyumbang.
       Ibu Batrisyia sangat kagum dengan Adli kerana sanggup menolong Batrisyia. Dia sendiri tahu, dalam keluarganya hanya Batrisyia sahaja yang mempunyai darah jenis AB kerana dia mengikut gen arwah ayahnya. Lagipun, dia sudah tidak berdaya, untuk menyumbangkan darah walaupun tadi dia berkeras untuk mendermakan tadi, tapi dihalang oleh Adli.

Selama sehari juga, Adli terlantar kerana kepenatan, memberi darah dan penat disebabkan perjalanan jauh dari Johor Bahru. Telefon bimbitnya berdering kuat. Adli tersedar bunyi telefon bimbitnya menganggu rehatnya. Adli terus mengangkat talian tersebut tanpa melihat nama siapa yang tertera di skrin.
     "Hello! Kau hidup lagi ke Adli? Hahaha.. Balik tak cakap, tahu-tahu membuta aja kerja kau,kan? Haisy, tak nak masuk kerja ke hari ini? Nak rehat lagi?" sergah Hakimi bertalu-talu. Adli betul-betul kepenatan untuk melayan karenah Hakimi.
     "Aku kat HUKM ni, terlantar dalam wad, Kimm. Datanglah, aku ada dekat ICU,"jawab Adli. Kemudian talian telefon termati. Adli lihat bateri telefonnya sudah habis. Akhirnya, Adli terlelap terus.
Ibu Batrisyia, sedang melawat anaknya yang masih tidak sedarkan diri. Kemudian dia terus ke bilik Adli, untuk melihat anak muda tersebut.

  
                                                                *            *           *            *

Hakimi memandu keretanya terus sehingga ke HUKM. Terkejut betul dia apabila mendengar Adli di ICU. Hakimi risau Adli mengalami kemalangan yang teruk disebabkan memandu terlalu lama. 'Ini mesti kes mengantuk nih' bisik Adli dalam hati. Sesampai sahaja di kaunter pertanyaan, Adli terus menuju ke arah Adli.
     Adli sedang berborak dengan ibu Batrisyia. Hakimi mengambil tempat di sebelah Adli, kemudian menyalam tangan ibu Batrisyia.
     "Tak luka-luka pun? Bukan kau accident? sampai masuk wad ICU lagi tu,pelik nih,"
     "Apa punya memberlah kau ni,"marah Adli, kemudia menceritakan tentang apa yang terjadi semalam. Hati Hakimi gundah-gulana kerana mendapat tahu Batrisyia ditikam. 'Kenapa bukan aku yang jumpa Batrisyia?' getus hati Hakimi, kemudian mengeluh berat. Adli memandang rakannya yang sedang mengeluh. Ibu Batrisyia meminta diri untuk pulang kerana mahu memberitahu majikannya dan mengambil pakaian Batrisyia.
     "Mari saya hantarkan mak cik,"usul Hakimi. Mulanya, umi menolak, setelah didesak akhirnya dia akur. Hakimi ingin berkenalan dengan ibu gadis yang dia minati.

ADLI kemudian berjalan perlahan-lahan untuk melawat Batrisyia. Dia melihat Batrisyia masih tidak sedarkan dirinya. Dia mendekati Batrisyia, kemudian duduk di birai katil Batrisyia. 'Nyenyak sekali tidur gadis ini. Mukanya nampak comel, tapi bila bercakap'ketawa Adli dalam hati. Adli tenung muka Batrisyia dalam-dalam dan terperasankan sesuatu dibawah bibir gadis itu. Tahi lalat kecil yang menghiasi bawah bibirnya membuatkan dia kelihatan manis. 'Argh! Apa yang aku mengarut nih!'
        Adli tersentak apabila bahunya ditepuk kuat dari belakang. Hakimi terkejut kerana Adli tiba-tiba sanggup menghulurkan bantuan kepada Batrisyia.
       "Bukan kau benci dia?"tanya ,Hakimi.
       "Kebetulan,takkan aku nak biarkan dia,kan?"pertanyaan Hakimi dibalas dengan pertanyaan juga.
       "Kau jatuh hati dekat dia?"
       "Haha! Buat lawak! Dia bukan taste aku, kasar, tak lemah lembut. Mak aku tengok comfirm reject!"jawab Adli kuat;namun hatinya pedih apabila berkata demikian.
       "Sya, bangun. I datang ni," ujar Hakimi perlahan sambil memegang lengan Batrisyia untuk mengejutkan dia.
       "Dia penat tu Kimm, biarlah dia rehat. Kau kenal dia ke Kimm?"
       "Tu yang aku nak cerita kat kau bila sampai dari JB tu. Alih-alih terserempak pula kat sini. Lee, aku rasa, aku dah jatuh cinta dekat dia! Kau tengok, betapa cantiknya mata dia, bibir dia, tahi lalat dia yang memaniskan muka dia cukup menggoda aku Lee,"ucap Hakimi, ikhlas. Kali ini, dia benar-benar jatuh cinta, dan angau kepada gadis bernama Nurul Ammar Batrisyia. Adli tersentak dengan pengakuan rakan baiknya serta majikannya itu. Getaran yang maha hebat terasa di sudut hatinya kini. 'KENAPA?!!!!' Jerit batin Adli memberontak, tiba-tiba Adli rebah.