Search This Blog

Wednesday, March 9, 2011

Bab 4 . . .

Batrisyia keluar dari salon rambut dengan emosi yang kurang stabil. Rambut barunya sangat pendek umtuk seorang perempuan. Dengan imej kasarnya, mesti sukar untuk masyarakat menafsirkan Batrisyia ini perempuan atau lelaki. Dahulu, Batrisyia tidaklah sekasar sekarang. Sangat lemah-lembut dan sopan santun perangainya. Disebabkan lelaki, dia begitu sakit hati dan terpaksa menukar imejnya untuk menghindarkan dirinya daripada menjadi mangsa korban cinta yang tidak kesampaian.

                                                                  *          *          *

1/1/2009
MALAM TAHUN BARU...
KOLAM AIR PANAS SELAYANG...

Batrisyia sedang enak bermain air panas dengan teman akrabnya. Inilah pertama kali dia pergi ke kolam air panas. Dia betul-betul teruja.

Telefon Batrisyia berdering ...

     "Sya kat mana? Bila nak balik? Dah lewat..tahu?" bebel Darius Zafuan.
     " Sya dengan Cammy. Seronok Zaf main air panas ek? Tak pernah seronok macam nih..."
     " Sya nak seronok sangat,kan? Kita putus..."ujar Zafuan mendatar. Batrisyia yang sedang main-main air panas di tepi kolam tiba-tiba terhenti. Talian telefon tiba-tiba mati. Batrisyia terus memandang Camellia aka Cammy kemudian terus menyambung bermain air. Walaupun dia buat-buat seperti tiada apa yang terjadi, namun pedih pada hatinya sehingga kini berbekas. Cinta untuk lelaki tiba-tiba mati buat selamanya setelah ucapan putus diungkapkan oleh cinta pertamanya. Cinta yang mengubah diri Ammar menjadi diri Batrisyia. Akhirnya, Batrisyia menangis di dalam kereta sambil memandang ke luar. Hatinya nekad, 'aku takkan mencari sehinggalah aku benar-benar menjumpai dia tanpa aku pinta' bisik hati Batrisyia.

                                                                     *          *          *

SAMPAI sahaja di rumah, Batrisyia mencapai gitar kapoknya untuk bermain gitar. Sudah menjadi kebiasaannya, sebelum dia tidur gitar ini pasti disentuhnya. Sambil menyanyi-nyanyi kecil, Batrisyia bermain gitar untuk melepaskan tekanan.
     Tiba-tiba kejadian pagi tadi bermain di minda. 'Padan muka dia, usik aku lagi' getus hati Batrisyia apabila mengenangkan kisah dia mengenakan mamat monyet yang suka mengganggu dirinya akhir-akhir ini.

No comments: