Search This Blog

Sunday, February 27, 2011

sambungan....

Adli keluar dari kedai serbaneka 7ELEVEN itu sambil menyumpah seranah Batrisyia. Geram benar dia dengan gadis itu. 'Nampak sangat dia nak membalas dendam dekat aku,'bebel Adli dalam hati. Nak kenakan orang akhir sekali dia juga yang terkena. Sakit jugalah hati ini bila ingat kembali kejadian tadi. Bertambah geram lagi apabila dia melihat Anna memandangnya dengan pandangan sinis selepas Batrisyia memulangkan baki dan menutup kaunter tersebut.
     Adli hidupkan enjin motornya kemudian pergi ke tempat kerjanya. Dengan langkah longlai dia menegur rakan baiknya di bengkel merangkap bosnya juga.
     " Muka kau ni macam ayam berak kapur ni kenapa?"
     " Tak ada apalah Kimm, aku kena mainlah tadi dengan satu minah 7e. Sakit hati aku,"
     " Kau ngorat dia ke? Lepas tu dia tak layan? Mana belen beli air nih Adli?"
     " Otak kau! Aku sekali pandang pun tak boleh nak tengok muka dia. Memang sakitkan hati aku! Nah, belen kau," bebel Adli sambil menyerahkan duit baki tadi ke tangan Hakimi. Adli bergegas ke bilik persalinan untuk memakai baju kerjanya yang penuh dengan minyak hitam. Walaupun Adli mempunyai keluarga yang berada, tetapi dia lebih suka bekerja dan merasa titik peluh sendiri. Bukan dia hendak berlagak depan keluarganya yang dia sudah pandai mencari wang sendiri tanpa bantuan ahli keluarganya, tetapi sikap Adli lebih suka mandiri daripada berdiri dengan bantuan orang lain.
     Hakimi sudah terkebil-kebil melihat wang di tangannya. Memanglah duit itu RM 92.50...tetapi kenapa banyak not seringgit?
     " Adli....kenapa nih?" jerit Hakimi dari luar.
     " Semua budak 7e tu lah punya kerja. Aku sampai sekarang berangin dengan dia. Sakai punya budak,"terang Adli dengan nada yang sedikit tegang. Adli keluar dari bilik persalinan kemudian menzipkan bajunya hingga ke paras dada.
     " Apa kau dah buat sampai dia bengang macam tu dekat kau?"tanya Hakimi dengan menunjukkan muka yang penuh minat. Adli yang sedang membelek-belek enjin kereta wira kepunyaan pelanggannya terhenti seketika.
     " Aku tak buat apa-apalah. Setakat buang rokok rata-rata dalam tu lepas tu aku tenyeh dengan kasut aku. Lepas tu, tadi aku suruh dia amikkan aku air soya enam kotak tak sejuk punya. 3 kali jugaklah dia berulang-alik keluar masuk bilik belakang," cerita Adli sambil ketawa terkekek-kekek.
     " Kalau aku pun melenting beb!" ujar Hakimi kuat. Adli hanya tersengih kemudian meneruskan kerjanya semula.
     " Dia cantik tak Adli?" tanya Hakimi tiba-tiba.
     " Entahlah Kimm. Aku tak menghayati pulak muka dia tu. Sebab menyampah tahap cipan tu lagi banyak dari nak belek-belek muka dia lama-lama. Yang pasti, dia tu bukan perempuan! Perangai macam lelaki. Tak ada langsung ciri-ciri macam awek aku dulu Kimm," terang Adli kepada Hakimi sambil tangannya lincah membuat kerja. Walaupun subjek yang dibincangkan sangat menarik tetapi konsentrasi Adli tetap kepada enjin Wira tersebut.
     " Kau nih, benci sangat kat dia. Orang tua cakap..."
     " Kau tak payah mengarut. Orang tua cakaplah, apalah. Sekarang dah zaman millinium lah. Lagipun hati aku ni, takkan sesenang aje nak berubah kepada perempuan macam tu. Aku berani kerat rambut depan aku ni kalau aku kahwin dengan dia Kimm," potong Adli, kemudian menjawab dengan jawapan yang mengarut sambil ketawa terbahak-bahak. Rambut depan Adli dah mencecah dagu panjangnya. Memang dia sayang nak gunting rambutnya itu. Hakimi hanya menggeleng meliht telatah rakan baiknya itu. 'Esok, nak tengoklah budak yang Adli sebut-sebut nih!' fikir Hakimi sambil tersengih sendirian. Hakimi berlalu pergi masuk ke biliknya untuk menyemak data-data pelanggan.

No comments: