Search This Blog

Sunday, February 27, 2011

sambungan....

Adli keluar dari kedai serbaneka 7ELEVEN itu sambil menyumpah seranah Batrisyia. Geram benar dia dengan gadis itu. 'Nampak sangat dia nak membalas dendam dekat aku,'bebel Adli dalam hati. Nak kenakan orang akhir sekali dia juga yang terkena. Sakit jugalah hati ini bila ingat kembali kejadian tadi. Bertambah geram lagi apabila dia melihat Anna memandangnya dengan pandangan sinis selepas Batrisyia memulangkan baki dan menutup kaunter tersebut.
     Adli hidupkan enjin motornya kemudian pergi ke tempat kerjanya. Dengan langkah longlai dia menegur rakan baiknya di bengkel merangkap bosnya juga.
     " Muka kau ni macam ayam berak kapur ni kenapa?"
     " Tak ada apalah Kimm, aku kena mainlah tadi dengan satu minah 7e. Sakit hati aku,"
     " Kau ngorat dia ke? Lepas tu dia tak layan? Mana belen beli air nih Adli?"
     " Otak kau! Aku sekali pandang pun tak boleh nak tengok muka dia. Memang sakitkan hati aku! Nah, belen kau," bebel Adli sambil menyerahkan duit baki tadi ke tangan Hakimi. Adli bergegas ke bilik persalinan untuk memakai baju kerjanya yang penuh dengan minyak hitam. Walaupun Adli mempunyai keluarga yang berada, tetapi dia lebih suka bekerja dan merasa titik peluh sendiri. Bukan dia hendak berlagak depan keluarganya yang dia sudah pandai mencari wang sendiri tanpa bantuan ahli keluarganya, tetapi sikap Adli lebih suka mandiri daripada berdiri dengan bantuan orang lain.
     Hakimi sudah terkebil-kebil melihat wang di tangannya. Memanglah duit itu RM 92.50...tetapi kenapa banyak not seringgit?
     " Adli....kenapa nih?" jerit Hakimi dari luar.
     " Semua budak 7e tu lah punya kerja. Aku sampai sekarang berangin dengan dia. Sakai punya budak,"terang Adli dengan nada yang sedikit tegang. Adli keluar dari bilik persalinan kemudian menzipkan bajunya hingga ke paras dada.
     " Apa kau dah buat sampai dia bengang macam tu dekat kau?"tanya Hakimi dengan menunjukkan muka yang penuh minat. Adli yang sedang membelek-belek enjin kereta wira kepunyaan pelanggannya terhenti seketika.
     " Aku tak buat apa-apalah. Setakat buang rokok rata-rata dalam tu lepas tu aku tenyeh dengan kasut aku. Lepas tu, tadi aku suruh dia amikkan aku air soya enam kotak tak sejuk punya. 3 kali jugaklah dia berulang-alik keluar masuk bilik belakang," cerita Adli sambil ketawa terkekek-kekek.
     " Kalau aku pun melenting beb!" ujar Hakimi kuat. Adli hanya tersengih kemudian meneruskan kerjanya semula.
     " Dia cantik tak Adli?" tanya Hakimi tiba-tiba.
     " Entahlah Kimm. Aku tak menghayati pulak muka dia tu. Sebab menyampah tahap cipan tu lagi banyak dari nak belek-belek muka dia lama-lama. Yang pasti, dia tu bukan perempuan! Perangai macam lelaki. Tak ada langsung ciri-ciri macam awek aku dulu Kimm," terang Adli kepada Hakimi sambil tangannya lincah membuat kerja. Walaupun subjek yang dibincangkan sangat menarik tetapi konsentrasi Adli tetap kepada enjin Wira tersebut.
     " Kau nih, benci sangat kat dia. Orang tua cakap..."
     " Kau tak payah mengarut. Orang tua cakaplah, apalah. Sekarang dah zaman millinium lah. Lagipun hati aku ni, takkan sesenang aje nak berubah kepada perempuan macam tu. Aku berani kerat rambut depan aku ni kalau aku kahwin dengan dia Kimm," potong Adli, kemudian menjawab dengan jawapan yang mengarut sambil ketawa terbahak-bahak. Rambut depan Adli dah mencecah dagu panjangnya. Memang dia sayang nak gunting rambutnya itu. Hakimi hanya menggeleng meliht telatah rakan baiknya itu. 'Esok, nak tengoklah budak yang Adli sebut-sebut nih!' fikir Hakimi sambil tersengih sendirian. Hakimi berlalu pergi masuk ke biliknya untuk menyemak data-data pelanggan.

Saturday, February 26, 2011

Bab 3...

TING TONG! Bunyi pintu 7ELEVEN bergema sekali lagi. Staff yang ada semuanya mengucapkan selamat datang kepada pelanggan yang masuk. Batrisyia sudah membuat muka sebal. Hari ini dia terasa sedikit tekanan kerana penghawa dingin di stor mereka rosak. Berapa lama mereka yang ada di situ sanggup bertahan pun dia tidak pasti. Staff dari stor lain semuanya asyik keluar masuk stor kerana kehangatan dan bahang amat terasa pada diri masing-masing. Peluh-peluh mulai menghiasi dahi mereka. Nah! Itu dia! Sekali lagi dia berbunyi...TING TONG! Staff-staff yang bermuka tegang terpaksa memaniskan muka. Itu polisi syarikat. Tak boleh nak bantah.
     Adli berjalan penuh bersemangat ke kaunter servis makanan. Selamba badaknya sahaja ambil bebola ikan sebatang dan mengunyahnya satu persatu. Batrisyia hanya memandang Adli dengan pandangan tajam. 'Monyet semalamlah!' getus hati kecil Batrisyia. Anak mata Adli memandang tepat ke arah Batrisyia. Senyuman mulai menghiasi bibirnya. Senyuman sinis!
     " Ammar,ya? Tolong ambilkan aku air soya," arah Adli.
     " Ambik sendirilah bebal," jawab Batrisyia,geram.
     " Masalahnya aku tak nak yang sejuk. Aku nak enam kotak,okey?" sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah mata Batrisyia. Batrisyia menjeling kemudian masuk ke bilik belakang. Dia fikir hari ini ada audit stor sahaja dia terpaksa beri muka kepada lelaki yang dipanggil monyet itu. Bukan dia tidak boleh bertekak seperti semalam, tetapi apabila mengenangkan pengurus stornya ada di sini, Field Manager yang cukup garang lagi, dia tidak sanggup menghadapi risiko di marah oleh orang atasan. Mungkin akan menjejaskan kenaikan pangkatnya yang akan berkuat kuasa bulan depan.
     Batrisyia membawa enam kotak air soya keluar dari bilik belakang. Adli melihat-lihat barang di stor. Anna yang dari tadi melihat Batrisyia tidak tentu arah disebabkan lelaki itu hanya menggelengkan kepala. 'Budak ni saja cari pasal dengan Sya nih,' fikir Anna sambil menggelengkan kepala.
     " Nah! 6 kotak,kan?" usul Batrisyia kepada Adli.
     " Eh! Kau ni bebal jugak ek? Aku nak kotak kecik aja. Yang kau bawak kotak besar-besar ni kenapa? Kau ingat aku nak buat kenduri doa selamat ekh?" bising Adli kepada Batrisyia. Tanpa banyak soal, Batrisyia menngambil air soya kotak kecil pula.
     " Aku nak jenama yeo's la. Sekarangkan ada promotion. Aku tak nak drinho. Mahal!"
     " Kejap!"
Akhirnya Batrisyia keluar dengan membawa air soya kotak yeo's sebanyak 6 kotak dan terus letakkan ke kaunter. Dengan keadaan stor yang hangat ini, Batrisyia terasa terlebih hangat dengan kehadiran Adli.
     " Biar Kak Anna yang scan Sya. Kesian Sya kena teruk dengan dia nih!" ujar Anna sambil menjeling Adli dengan penuh tajam. Adli hanya berpura-pura tidak nampak dengan jelingan tersebut. Malas nak ambil pusing sangat. Misi utamanya nak menggangu emosi Ammar. Batrisyia menguak rambutnya yang terjuntai ke belakang.
     " Tak apa Kak Anna. Sya boleh. Semua sekali RM7.50," ujar Batrisyia.
     " Sekali dengan bola ikan tadi?" tanya Adli dan menunjukkan ke arah lidi yang di buang di hadapan kaunter. Adli memang sahaja membuang di situ kerana nak menaikkan kemarahan Ammar.
     " Dah,"
     " Nah!"
     " Duit kecik sikit tak ada ke? Not 100 kita orang tak ambil sangat. Duit RM50 tak ada ke?"
     " Seratus bukan duit ke Cik Ammar?"
     " Ya. Tunngu lima minit," Batrisyia menekan mesin tidel yang mengandungi duit pecah untuk pelanggan. Bila dilihat duit not RM 1 terlampau banyak, Batrisyia tersenyum. Muslihat berganti tangan. Ketawa Batrisyia dalam hati. Kekejaman akan berlaku sebentar lagi.
     " Sorry la, duit RM 10 dah nak habis. Ini aja yang dapat kita orang bagi. Asalkan ada baki,kan?" ujar Batrisyia sambil menghulurkan baki sebanyak RM 92.50.
     " Biar betul! Takkan lah RM 52 kau bagi duit seringgit seringgit. Rabaklah dompet aku!"
     " Kami tak boleh nak buat apa. Kira baik jugaklah saya nak bagi RM 40 kat abang pakai RM 10 empat keping,kan? kalau saya bantai bagi seringgit-seringgit jugak? Tak ke abang boleh simpan aje duit abg tu untuk bagi duit raya aje kat budak-budak,nanti?" jawab Batrisyia sambil berlalu pergi. Pengajaran yang setimpal buat kau lelaki! Marah Batrisyia dalam hati. Senyuman sinis melingkari bibirnya.


p/s : nty aq sambunglaa..pinggang aq da mula sakit..dapat lak info dr manager aq..stor aq ada org curi brg...pas tu aq kena cover masuk kul 9 mlm niwh...so..aq nak lelap la barang sekejap pon...huhu..law x pengsan aq..ekekkeke...

Friday, February 25, 2011

Bab 2

     Muhammad Nur Adli sedang ralit membelek -belek motor Yamaha 125znya di halaman rumahnya. Dia bermain- main dengan enjinnya kemudian mematikan enjinnya. Kemudian Adli senyum sendirian. Kelihatannya dia berpuas hati dengan motor yang baru di belinya tiga minggu lalu.
     " Adli, kau ni pagi petang siang malam asyik dengan motor kau aje! Bingit telinga ibu dengarlah," bebel Puan Rahimatun kepada anaknya.
     " Rilexlah mother. Barulah remaja,"jawab Adli sambil ketawa macam kerang busuk.
     " Pegi dah kau punya rilex. Bila kau nak sambung belajar nih? Papa kau dah marah-marahlah. Kau cakap aja dekat ibu kau nak masuk kolej mana. Nanti pandai-pandailah kami nak settlekan hal kau. Kau sorang aja yang tak sambung belajar Adli dalam rumah ni. Jangan nak malukan keluarga ibu, faham?"
     " Ibu, Adli tak sedia lagilah. Adli nak kerja dulu. Nak cari pengalaman,"ujar Adli perlahan sambil menunduk.
     " Rasanya result STPM yang keluar 2 tahun lepas tu ok aje ibu tengok. Kau aja yang tak apply mana-mana tempat nak belajar,kan?" bebel Puan Rahimatun lagi.
     " Adli masuk dulu la ibu, penatlah kerja hari ni. Assalammualaikum," ucap Adli kepada ibunya. Malas dia nak melayan bebelan dan rungutan ibunya.

                                        *          *          *          *          *          *          *

     " Kita putus Adli, "ujar Nurul Hani kepada Adli dengan tenang. Baru sebentar tadi, mereka mengambil keputusan STPM bersama. Tiba-tiba Hani melafazkan sesuatu yang membuatkan dia tercengang.
     " Kenapa Hani cakap macam ni tiba-tiba? Selama ni, Adli ada buat salah apa dekat Hani? Cuba Hani terangkan? Hani dah janji dengan Adli nak sambung belajar sama-sama, kan?" tanya Adli bagai muntahkan peluru machine gun.
     "Kita bawa haluan masing-masing Adli. Adli tak ada salah apa-apa pun,"
     " Selama kita kenal, Adli sekali pun rasanya tak sakitkan hati Hani. Apa salah Adli?"
     " Kan Hani cakap, Adli tak salah apa-apa pun. Adli nanti belajar elok-elok,ya? Jangan fikirkan soal cinta lagi,okey?"
     " Suka hati Hani aja nak tentukan hidup Adli! Selagi Adli tak tahu kenapa Hani mintak putus ni, Adli takkan sambung belajar. Faham?! " marah  Adli kemudian berlalu dari situ.
     " Adli!!!!!" jerit Hani memanggil Adli. Namun Adli tidak mengendahkan lagi suara yang memanggilnya. Suara yang selalu memberi semangat untuknya belajar. Suara yang menasihati dan memberi perangsang kepadanya untuk teruskan pelajaran. Saat ini, hatinya luruh dan tidak bermaya kerana hubungan yang dia bina selama 3 tahun putus begitu sahaja. Tidak pernah sekali pun dia mengambil kesempatan ke atas Hani. Tetapi, kenapa dia berubah fikiran sebegini? Sakit hatinya hanya TUHAN sahaja yang mengetahuinya.

                                        *          *          *          *          *          *          *

SEJAK hari itu, Adli tidak pernah serius dengan mana-mana perempuan. Semua kawan perempuannya hanya stok untuk lepaskan tekanan sahaja. Untuk mencintai mereka, Adli tidak sanggup. Nama Nurul Hani telah ditanam kemas di dalam dasar hatinya. Walaupun hatinya pernah di toreh gadis manis itu. Tetapi hatinya masih untuk gadis itu. Adli memandang siling biliknya lama. Tiba-tiba dia teringat insiden di dalam kedai serbaneka yang dia pergi petang tadi. Senyuman sinis melingkari bibir Adli. 'AMMAR'.
     "Esok bakal bermula perang antara ADLI & AMMAR" ujar Adli sendirian. Akhirnya Adli terlelap dengan senyuman nakalnya yang ingin mengenakan emosi AMMAR. Muslihat bakal bermula.

Wednesday, February 23, 2011

sambungan . . .

Batrisyia melepaskan geramnya kepada Buku Com ( buku ini untuk memberitahu tentang segala kejadian yang berlaku semasa bekerja )
SHIFT : AFTERNOON
STAFF : ANNA & AMMAR
WEATHER : TERAMAT PANAS!

INFO :- arini sumenye berjalan dgn lancar...cuma ada seekor monyet yg lagaknya mmg agak kurg ajar...nyakitkan aty aq...selamat Kak Anna halang aq.. kalau x..mmg sakai la aq kerjakan mamat x cukup umor tu! da la bole smoking dalam ni.. tenyeh2 pakai kaki lak tu.. x berperikemanusiaan langsung! mmg cukup package la dy blaja at skolah dulu.. cukup kurang ajar! cukup mnyakitkan aty! anak sapa la dea ni!!!
p/s : to shift mlm...
aq da susun carton air mmg class  pnyer cantik la! kelas atasan pnye 7e pown x cantik mcm kat belakang...hahaha! harap korang jagalah cantik2..sakit pinggang aq mnyusun ntk audit esok... tata..
adiosa~ FROM AMMAR YG CUTE! PEACE NO WAR!!!

Lepas puas Batrisyia mencoretkan kata-kata geram dan info di dalam buku tersebut, Batrisyia meneruskan kerja-kerja yang biasa dilakukan. Tepat jam 11 malam, Anna dan Batrisyia bersiap sedia untuk tutup kaunter bagi shift petang. Rokok juga sudah siap dikira. Setelah siap semuanya, Batrisyia duduk di tepi kaunter sambil mengeluarkan telefon bimbitnya.

1 message received
'arini balik cepat..jgn lewat'
Umi ku.

'Erk..tak sabar sangat la umi nih! Macamlah aku nak merayau tak tentu hala..' getus hati Batrisyia. Lantas dia mengambil helmetnya di bilik belakang.

     "Eh, Abang Zack dah sampai?" tegur Batrisyia kepada tunang Anna.
     "Dah., baru aje abang sampai. Kak Anna kau sampai lambat, abang pun lambat la datang,"
     "Abang yang lambat hantar Anna petang tadi, abang cakap Anna yang datang lambat. Apalah abang nih, " celah Anna bila namanya disebut-sebut. Zack hanya senyum sahaja melihat Anna merajuk.
     Fahmi; staff baru sedang menjaga kaunter hanya tersengih mendengar perbualan kami.
     "Bila nak main futsal nih?" tanya Fahmi kepada semua.
     "Sya no hal je. Kena tanya Kak Cheraslah nanti macam mana dia nak settlekan jadual semua," jawab Batrisyia. Mereka yang lain cuma mengangguk tanda setuju. Anna dan Zack sudah pulang ke rumah. Batrisyia masih lagi berada di stor. Memang perangainya suka berlama-lama di stor. Dia berborak dengan Fahmi dan menceritakan tentang kisah yang terjadi petang tadi. Fahmi hanya menggeleng sahaja mendengar cerita Batrisyia. Hampir jam 12 tengah malam, Batrisyia meminta diri untuk pulang.

Saturday, February 12, 2011

Bab 1

Nurul Ammar Batrisyia berpeluh-peluh melakukan rutin hariannya di tempat kerjanya walaupun berhawa dingin. Nur Anna Delilah sedang melayan pelanggan di kaunter. Sebagai pekerja biasa di kedai serbaneka 7ELEVEN, Nurul Ammar Batrisyia bertanggungjawab sepenuhnya untuk memberi kepuasan yang maksimum kepada pengurus stornya, orang atasan dan yang paling penting kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.
     "Kak Anna, Eisya nak rehat kejap. Dah rasa macam nak tercabut pulak pinggang Eisya ni kak," ujar Batrisyia kepada Anna. Anna yang sedang membuat manual purchase hanya mengangguk. Sebagai seorang senior kepada Batrisyia, dia banyak menolong dan membantu Batrisyia. Pengurus stor mereka telah pergi ke mesyuarat antara stor tentang info terkini di Taman Maluri. Mungkin sebentar lagi, Cheras Delima akan pulang untuk singgah sebentar untuk menjenguk stor mereka.
     Batrisyia membuka baju kerjanya (smock) dan letakkan di atas kerusi. Kemudian duduk di atas kerusi dan meluruskan pinggangnya kerana badannya terasa lenguh-lenguh. 'Kalau ada orang urut ni best nih!' fikir Batrisyia dalam hati. Batrisyia terpandang tanda namanya kemudian tersenyum sendiri. 'AMMAR' Ramai yang terkejut dengan namanya. Mungkin mereka tidak sangka pemiliknya seorang perempuan. Batristia menjamah roti jagung sahaja kerana perutnya masih terasa kenyang.
     Setelah lima belas minit berada di bilik belakang, Batrisyia mengelamun tentang kenaikan pangkatnya setelah mendapat ikhtiraf setelah enam bulan bekerja. Tetapi, dia tidak mungkin lama di sini kerana dia ingin melanjutkan pelajarannya ke lebih tinggi. Cuma dia berasa terharu kerana dinaikkan pangkat sebelum dia berhenti nanti. Mengingati zaman semasa mula-mula Batrisyia bekerja di sini dahulu sangat melucukan.
     "Eisya! Tolong Kak Anna stock up air 100plus botol kecil. Dah habislah Sya. Nanti Kak Cheras balik, bising pula dia nanti," jerit Anna perlahan, namun masih didengari oleh Batrisyia.
     "Baik,kak!"jawab Batrisyia dan segera membuat kerjanya setelah selesai berehat. Sedang elok dia mengisi air dari pintu belakang peti (chiller), dia ternampak kelibat seorang lelaki baya dirinya sedang sedap menghisap rokok dan membuang puntung rokok di dalam stornya. 'Siot! Aku sapu bukan main lagi, mop sampai sakit-sakit pinggang aku. Selamba badak dia aja buang puntung rokok kat sini. Boleh pulak dia tenyeh-tenyeh pakai kaki pulak tu. Kurang ajar!' marah Batrisyia dalam hati.
     Batrisyia terus keluar untuk memberi sedikit pelajaran kepada pemuda itu supaya belajar beradap sedikit dan tahu menghormati kerja orang.
     "Excuse me, encik, " ujar Batrisyia. Pemuda itu memberi laluan kepada Batrisyia. Memang Batrisyia dah pasang niat nak melakukan sesuatu untuk memberi peringatan kepada orang seperti ini. Dia berpura-pura mengambil air coke botol 1.5L dan sengaja menjatuhkan ke atas kaki pemuda itu.
     " Ouch! Apasal hempas kat kaki aku ni?"
     " Eh! Sorry la abang. Saya tak sengajalah"jawab Batrisyia bersahaja. Dia menguak rambutnya kemudian menuju ke arah Anna.
     " Suka hati aje kau ni la! kau ingat aku patung ke?"
     "Habis aku ni pon patung jugak la? Suka-suka hati kau aja buang rokok kau kat sini. Kau hisap rokok dalam ni pon dah menjadi satu kesalahan. Lainlah kau buta tak nampak papan tanda besar gedabak kat depan pintu ni. Taklah aku kisah sangat. Perangai macam monyet terlepas dari zoo. Bebal!" luah Batrisyia marah. Matanya merah menyala dan amat tegang sekali melihat pemuda yang sangat tidak bersopan itu.
     "Sya, dahlah. Nanti Kak Cheras datang marah pulak tengok Eisya ngamuk-ngamuk macam ni."
     "Ammar peduli apa kak! kau kutip sekarang puntung rokok kau sekarang!"
     "Pergi jahanam! Tak ingin aku buat kerja yang bukan kerja aku." jawab pemuda itu kasar. Tidak mahu mengalah juga dia ni.
     "siot!" marah Batrisyia.  Kemudian dia mengambil penyapu dan penyodok sampah dan segera membuat kerja. Pemuda itu tersenyum puas setelah menang bertanding mulut dengan gadis yang ekstrem macam seorang lelaki. 'Gadis itu memang sangat berani.'getus hati pemuda itu. 'Esok aku nak kacau emosi dia lagi. Bestlah pulak!Hahahahaha' ketawa pemuda itu dalam hati. AMMAR? pelik juga.

Wednesday, February 9, 2011

Assalammualaikum...

Sebenarnya...saya wujudkan blog ni sebab nak share mcm2 dengan korang...
rasanya mcm nak menulis...hee...
arap2 law saya menulis dalam niwh nty...korang sumer tolong la bagi komen positif...
saya pown x taw la apa kritikan yg saya bakal terima nty...tetapi saya betul2 ingin berkongsi dengan korang sume...
so...ENJOYLAH!!!!
peace "KELLY"