Search This Blog

Saturday, March 10, 2012

Bab 11 ^_^

BATRISYIA mencuba baju tunangnya yang berwarna kuning lembut dengan selendang berbatu berwarna putih susu. Dia menggayakan baju di hadapan cermin. Syifaa dan Shaireen yang berada di dalam bilik tersebut memandang Batrisyia sambil tersenyum. Gembira kerana rakannya sudahpun ingin bertunang. Tempoh masa selama dua minggu itu tidak lama. Batrisyia memandang lama mukanya di cermin. Mukanya serta - merta berubah pucat. Rasa waspada untuk meneruskan majlis tunang tersebut. Batrisyia mula menangis apabila memandang cermin.
      "Kau kenapa ni Sya?"tanya Syifaa terkejut melihat Batrisyia sudh teresak-esak menangis.
      "Aku tak sangka ada orang sanggup gantikan Zaf dlama hidup aku. Dia baik sangat-sangat. Tak tahu macam mana aku nak balas budi dia,"ujar Batrisyia berbohong. Dalam hatinya kata lain, mulutnya berkata lain. Tidak mengapa kalau sengsara seorang diri. Fikir Batrisyia. Saat ini dia terkenangkan Adli yang sanggup membonceng dia dan hantar ke hospital dulu.
      "Sudahlah tu Sya. Dah memang jodoh kau dengan Zaf tak ada. Allah berikan kau Kimm. Dia handsome jugak,"nasihat Shaireen sambil memeluk Batrisyia.
      "Ya ke dia handsome? Kau nak dia ke Sherry? Kau amikla,"
      "Kan sedap kena tempeleng,"jawab Shaireen setelah kepala Batrisyia di tolak olehnya. Tak masuk di akal langsung.
      "Aku gurau ajelah, sakit kau tahu?"marah Batrisyia dan menggosok kepalanya. Mereka bertiga ketawa dan terus menyambung kerja-kerja menghias dulang hantaran.

AHAD PETANG pada pertengahan bulan Oktober adalah hari Batrisyia akan ditunangkan dengan Muhammad Hakimi. Dia sedang menunggu di dalam bilik bersama dua orang rakannya. Hari itu, Batrisyia nampak sangat ayu. Tidak lama lagi ibu Hakimi akan datang menyarungkan cincin di jari manisnya.
      "Cantiknya bakal menantu mummy,"ujar ibu Hakimi setelah melihat dan masuk ke dalam bilik. Dia mengusap kepala Batrisyia kemudian mengangkat dagu Batrisyia untuk melihat wajah bakal menantunya. Batrisyia kemudian menyalam tangan ibu Hakimi yang usianya lebih kurang ibu Batrisyia. Batrisyia tersenyum sahaja setelah ibu Hakimi menyarungkan cincin emas putih di jari manisnya. Setelah itu kenduri di jalankan seperti biasa. Lensa kamera tidak putus-putus merakam gambar  Batrisyia dan Hakimi. Hari itu bagaikan hari persandingan bagi mereka. Hakimi yang beria -ia untuk melakukan majlis secara besar-besaran.
      Batrisyia mencari - cari juga kelibat Adli, tetapi hampa. Hatinya merintih sayu.  Hari pertunangan itu berakhir dengan majlis doa selamat. Kemudian jenuhlah mereka bertungkus - lumus untuk mengemas rumah. Hakimi telah mengupah tiga orang warga indonesia untuk menolong mempercepatkan proses mengemas.

ADLI melihat facebooknya malam itu untuk melihat kalau-kalau Hakimi ada meletakkan gambar pertunangan dia dan Batrisyia.
      Adli hanya memandang kosong apabila meihat gambar Batrisyia dan Hakimi di dalam album facebook Hakimi. Ada gambar Batrisyia bersendirian, Adli terus klik butang kanan pada tetikus dan simpan gambar Batrisyia. Kemudian terus dijadikan sebagai wallpaper komputer ribanya. Cepat-cepat dia daftar keluar dari facebooknya setelah melihat Hakimi sedang berada di dalam talian.
      'Kau sangat cantik! Anggun, comel, manis,' bisik hati Adli sambil mengusap -usap skrin komputer ribanya. Kemudian Adli tersentak. Dia bomoh aku ke? jerit hati Adli dan terus menutup komputer riba. Adli terus masuk ke bilik air dan terus mandi. Hujung bulan ini terasa sangat lama. Dia tidak sabar untuk berangkat ke Korea dengan lebih awal.  Selamat tinggal sayang!!!

Batrisyia sedang berbaring di atas katilnya. Pinggang terasa macam nak tercabut sebab terlampau kepenatan. Telefon bimbit Batrisyia berdering. Batrisyia dengan malasnya mengangkat tanpa melihat nama pemanggil tersebut.
      "Hmm..siapa nih?"
      "Aku sayangkan kau Mar,"
      "Apa ni Lee, kau ni gilalah!"
      "Kau jaga diri baik-baik. Assalammualaikum," talian dimatikan. Batrisyia terkebil-kebil melihat telefon bimbitnya. Hairan kerana Adli telefon dan berkata sesuatu yang membuatkan hatinya sangat berbunga. Batrisyia menggosok matanya dan matanya terkena pada cincin tadi. Batrisyia terpandangkan cincin tersebut dan tersenyum sumbing. 'Aku tak boleh macam nih. Aku terhutang nyawa pada lelaki yang telah memberi cincin ini kepada aku' getus hati Batrisya.
      Malam ini Batrisyia tertidur bertemankan air mata yang dia sendiri tidak pasti apakah puncanya.

No comments: