Search This Blog

Friday, April 13, 2012

Bab 12 ^_^V

ADLI sedang mengemas segala barang yang ingin di bawa ke Seoul,Korea. Segala kelengkapan untuk menghadapi musim sejuk di sana telah disediakan oleh ibunya.
      "Kelas start dua bulan lagi, kenapa Adli nak pergi awal ni?"tanya ayahnya ;Datok Fairuz.
     "Saja aje papa. Adli nak rehatkan diri kat sana. Penat sangat jadi mekanik dekat sini. Lagipun nak cari rumah sewa lagi, nak biasakan tempat lagi, malas nak buat kerja last minit pa, nanti kelam-kabut. Papa pun kenal Lee macam mana,kan?"jawab Adli, sambil memandang ke arah pokok bunga ibunya. Ayahnya sedang menghirup kopi panas yang disediakan oleh isterinya hanya tersenyum. Memandang anaknya sahaja sudah tahu kenapa anaknya ingin pergi dari Malaysia secepat mungkin.
     "Kalau nak pergi pun, at least jumpalah dia sebelum pergi,"ujar ayahnya, lalu bangun dan terus masuk ke dalam rumah. Adli memandang ayahnya dengan mata yang bersinar-sinar. 'Papa tahu?'getus hatinya. Malu juga apabila ditangkap oleh ayahnya tentang perasaan di hatinya.
      Telefon bimbit di atas meja kayu di depan rumahnya dipandang sepi. Wallpaper telefon bimbitnya dihiasi dengan gambar Batrisyia. Wajah Batrisyia bagai memanggil-manggil dirinya untuk di telefon.
      Perasaan ingin menelefon Batrisyia semakin meluap-luap. Telefon sudah berada di tangan. Jarinya mencari nombor telefon Batrisyia dan terus menekan butang hijau.
     "Assalammualaikum,"tanya Adli setelah Batrisyia mengangkat panggilan darinya.
     "Waalaikummussalam,"
     "Esok, tunggu dekat bawah. Aku jemput kau, ada benda aku nak cerita dekat kau Mar,"
     "Nanti aku tanya Kimm dulu,"
     "Jangan! Pertemuan ini antara kau dengan aku aje. Tak boleh ada dia, dan dia tak patut tahu," tegas Adli.
     "Baik,"jawab Batrisyia menurut Adli. Kemudian Adli terus mematikan talian. Adli terus masuk ke dalam bilik dengan muka yang berseri-seri. Di bukanya almari untuk mencari baju yang sesuai untuk berjumpa esok. Adli terpandang cermin di almarinya. Rambut panjang yang di sayangi itu harus dipotong. Adli membelai-belai rambutnya kemudian segera mengambil gunting dan menggunting rambutnya itu. Dia membetulkan sikit rambutnya kemudian terus masuk ke bilik air dan mandi.


BATRISYIA menjadi kelam kabut setelah menerima panggilan daripada Adli. Wajahnya semakin berseri-seri apabila Adli mengajak untuk berjumpa. Cepat-cepat Batrisyia pergi ke almari bajunya. Blaus biru kosong dengan tudung putih bercorak kebiru-biruan  menjadi pilihan hati Batrisyia. Batrisyia menggosok bajunya sambil menyanyi-nyanyi kecil. Batrisyia tiba-tiba mengetuk kepalanya. 'Pukul berapa nak jumpa nih?Bengonglah Adli nih, selalu pelik-pelik aje perancangan.' Getus hati Batrisyia sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
     'Pukul berapa ni? Call beria nak jumpa tapi tak bagitahu pukul berapa. Kau ni macam monyet ajelah' butang hantar telah ditekan. Batrisyia ketawa sendiri. Kemudian menyambung semula kerjanya menggosok baju.


ADLI menerima pesanan ringkas yang di hantar oleh Batrisyia. Adli mula mengetap gigi. 'Berani dia panggil aku monyet!' marah Adli dalam hati. Kemudian terus membalas pesanan itu dengan 'pukul 9 pagilah beruk! Cam tak biasa pulak!' terus butang hantar ditekan dan Adli tersenyum puas.
     Tidur Adli tidak lena malam itu kerana memikirkan esok dia akan berjumpa dengan Batrisyia buat terakhir kalinya. Selepas ini apabila Adli pulang ke Malaysia Batrisyia pasti telah menjadi milik Hakimi.


9 PAGI Adli sudah terpacak di hadapan keretanya di bawah flat Batrisyia. Beberapa kali juga Adli melihat jam di tangannya. Telefonnya sudah digenggam untuk dia menelefon Batrisyia. Sakit hatinya apabila melihat jam sudah menunjukkan 9.15 pagi. Apabila dia menoleh ke belakang, dia terlihat Batrisyia dengan ayunya memakai blaus berwarna biru dengan tudung yang senada dengannya.
     Pap! Satu tamparan sempat menyinggahi kepala Batrisyia setelah gadis itu meloloskan diri ke dalam kereta Adli. Batrisyia menjeling marah.
     "Mak aku sampai sekarang bayar zakat untuk anak-anak dia,tahu?" ujar Batrisyia sambil mencari stesen radio yang mengalunkan lagu yang menarik.
     Tiba-tiba alunan intro lagu tercipta untukku oleh Ungu di udara.

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu

Adli menghembus nafas dengan kasar. Lagu itu bagai luahan perasaan darinya untuk Batrisyia. Batrisyia mengambil sehelai tisu di dashboard kemudian menyeka matanya dengan tisu.

     "Kau nak ke mana nih Lee?" tanya Batrisyia kerana mereka sudah keluar berada di sempadan Selangor Darul Ehsan.
     "Kalau aku cakap nak bawa kau pergi Golok? Kau percaya tak?"jawab Adli dengan persoalan yang membuatkan Batrisyia tercengang. Batrisyia sudah tidak senang duduk setelah Adli berkata demikian. Tapi hatinya kuat mengatakan Adli tidak mungkin melakukan sesuatu yang tidak baik kepada dirinya.
     "Aku belum kebulur sangatlah Mar. Kau bahagia sekarang?"
     "Bahagialah sebab ada orang sudi nak dekat aku akhirnya,"jawab Batrisyia dengan redha. Adli tidak senang dengan jawapan yang dia terima dari Batrisyia. Adli mengeluarkan rokok di dalam kotak Dunhill. Barisyia memandang dengan mata yang amat menjengkelkan. Dia merampas rokok yang sudah terselit di jari Adli kemudian mematahkan rokok tersebut. Adli merengus dengan tindakan Batrisyia. Dia mengeluarkan sebatang lagi, kemudian rokok dan kotak rokoknya di rampas oleh Batrisyia.
     "Apa masalahnya ni? Aku nak hisap rokoklah!"marah Adli apabila hasratnya untuk merokok tergencat  setelah Batrisyia merenyuk rokok dan kotak rokoknya.
     "Aku tak izinkan kau merokok lagi,ingat tahu pesanan aku,"
     "Aku tak mintak banyak, nak lima sebab aje kenapa mesti aku ingat dan tak hisap rokok lagi,"
     "Sebab dia membahayakan kesihatan, nanti kau sakit, punca kematian, errr...hah! mati pucuk! Dan orang sekeliling kau pun dapat sakit lebih dari apa yang kau dapat" jawab Batrisyia dengan penuh yakin. Dia pasti jawapan itu memang betul-betul bernas.
     "Sejak bila pulak kau peduli kalau aku sakit,mati ke?" tanya Adli sambil merenung mata Batrisyia dengan tajam. Batrisyia terkejut dengan renungan Adli yang sangat menikam hingga ke dasar hatinya. Cepat-cepat dia beristighfar. 
     "Err...aku bukan kisah pasak tu, em...hah! kan aku cakap kalau kau hisap,nanti asap rokok yang kau keluarkan tu kena dekat orang sekeliling kau, aku kan kat sebelah kau sekarang nih!"jawab Batrisyia sambil memandang ke arah tingkap. Malu untuk menatap mata Adli yang mungkin menangkap apa yang dia risaukan sebenarnya.
     "Coollah sikit Mar, jawapan tak confident langsung, tak pasal-pasal muka dah merah,"ucap Adli kemudian ketawa kuat. Dia tahu Batrisyia malu untuk mengaku.
     "Poyo aja, mana ada muka aku merah," jawab Batrisyia kuat kemudian memandang tepat ke arah mata Adli. Adli meneruskan pemanduan setelah mencapai cermin mata hitam di dashboard keretanya. Bahaya rasanya membawa kereta tanpa memakai cermin mata apabila Batrisyia berada di sebelah. Perubahan mukanya akan dikesan nanti oleh Batrisyia.
     "Kau tidurlah, aku nak memandu pun tak senanglah, nanti dah sampai aku kejutkan kau. Kau jangan berdengkur pulak, hilang fokus aku nanti,"ujar Adli kemudian memandu dengan lebih laju. Batrisyia hanya mengetap bibir memandang Adli kerana berkata sesuatu yang amat menyakitkan hatinya. Batrisyia terus menyandar pada kerusi dan menutupkan matanya. Adli memandang kemudian tersenyum melihat Batrisyia berdengkur. 'Tak senonoh, berdengkur rupanya!'bisik Adli di dalam hati.
     Hampir sampai di destinasi, Batrisyia tersedar. Dia menggosok-gosok matanya, kemudian terlanggar tangan seseorang. Dia memandang dengan terkejut. 'Oh My Gosh! What I've done!' jerit Batrisyia dalam hati. Terus Batrisyia memandang ke arah tingkap. Dia memandang laut yang sangat indah. Dia tercari-cari juga papan tanda, kemudia terjumpa 'Selamat Datang Ke Port Dickson'. Senyuman Batrisyia meleret seketika. Lamanya tak mandi laut.
     Adli mencari tempat untuk memarkirkan keretanya. Setelah kereta diparkirkan, dia membuka bonet keretanya dan mengeluarkan bakul berisi sadwich, air mineral dan air berkarbonat.
     "Tengok aja? Tolonglah angkat bakul ni, aku nak angkat tikar,"jerit Adli setelah melihat Batrisyia yang masih tercengang melihat dia mengeluarkan bakul tadi. Batrisyia tersentak dan terus menuju ke arah Adli dan mengangkat bakul tersebut.
     "Jangan malas sangat tahu, dahlah tadi kau tidur kat lengan aku, nanti aku tinggal kau kat sini," ujar Adli lagi, kemudian terus berlalu. Batrisyia hanya membuntuti Adli dengan perasaan geram.

No comments: