Search This Blog

Wednesday, March 7, 2012

sambung bab 10 ;)

KEKOSONGAN untuk belajar di Seoul, Korea hanya ada lebih kurang 3 bulan dari sekarang. Terpaksa juga dia bekerja dengan Hakimi untuk menghilangkan rasa bosan. Sudah seminggu kejadian itu berlalu, Batrisyia juga sudahpun mula bekerja tetapi tidak dibenarkan untuk membuat kerja yang berat-berat. Adakalanya, Adli pergi melihat Batrisyia daripada luar. Sekarang Batrisyia kerja petang sahaja, dan setiap kali itu juga Hakimi akan pergi menghantar Batrisyia ke tempat kerja. Jarak dari rumah Batrisyia tidaklah jauh mana, tetapi Hakimi tetap bertegas untuk menghantar Batrisyia.
      "Sya tak payahlah kerja, Kimm boleh bagi Sya duit tiap-tiap bulan,"ujar Hakimi semasa perjalanan.
      "Err.. Sya nak kumpul duit sendiri, nak study pakai duit kerja sendiri. Sebab tu dah 20 tahun pun tak study lagi,"jawab Batrisyia sambil tersenyum. Hakimi membalas senyuman Batrisyia, walaupun hatinya terguris kerana penolakan Batrisyia. Dia tidak mahu Batrisyia jauh daripada dirinya. Batrisyia turun dari kereta kemudian terus masuk ke dalam kedai serbaneka 7-Eleven.
       Adli meneruskan kerja-kerja membaiki keretanya di bengkel. Hari ini dia ingin balik awal untuk pergi melihat Batrisyia. Hobi terbarunya, menonton Batrisyia dari jarak jauh. Pelikkan? Tapi dari situ dia peroleh kepuasan yang maksimum.
       Hakimi pulang ke bengkel dengan muka ceria. Dia segera memakai sut mekanik kemudian mengambil spanar hidup sambil menyanyi -nyanyi kecil. Adli memandang dengan pandangan yang tidak puas hati. Kerja Hakimi sekarang tidak banyak. Memanglah dia bos, tetapi dia perlu tunjuk contoh yang baik.
       "Aku nak pergi beli makan jap," jerit Adli dari bawah kereta Proton Iswara yang sedang dibaikinya.
       "Pergilah! Azam dengan Lando ada sini boleh buat kerja. Takkan aku tak bagi kau beli makan pulak?"jawab Hakimi kemudian terus membuat kerjanya dengan muka yang sangat gembira.
        Adli mengambil kunci motor dan terus memecut ke Wisma Indah. Suasana di sekitar sini sangat bising dengan warga asing dari China dan kebanjiran orang ramai yang mengunjungi Restoran Anandur. Adli singgah di Restoran Anandur untuk makan nasi kemudian dia membeli milo ais bungkus.
       Dia melihat dari jauh susuk tubuh Batrisyia yang sedang menjaga kaunter. Senyuman Batrisyia sangat menawan. Pap! Adli mengetuk kepalanya sendiri. Apa yang dia lihat ini? Di tangannya ada milo ais yang ingin diberi kepada Batrisyia?Biar betul?
       "Kau tak boleh jumpa Batrisyia. Itu janji kita. Aku tahu kau tak minat dia sebab Hani. Tapi aku tetap takut disebabkan ikatan yang kau orang ada. Dia milik aku," pesan Hakimi semasa Adli bersarapan di bilik untuk pekerja.
       "Kimm, kau jangan risaulah. Hani saja yang ada dalam hati aku. Ammar tu kau punya, jangan risau, aku tak potong line kawanlah,"jawab Adli sambil ketawa kuat. Kemudian menepuk bahu Hakimi. Hakimi hanya tersenyum kemenangan.

Batrisyia masuk ke dalam bilik belakang untuk membuat invois kerana dipesan oleh Cheras Delima sebelum dia keluar untuk mesyuarat. Azri seorang sahaja yang terpaksa berjaga di hadapan. Batrisyia ingin segera menyiapkan invois sebab dia tidak sampai hati untuk meninggalkan Azri seorang. Fokus Batrisyia hanya di hadapan ISP (In Store Processor) untuk memasukkan jumlah invois hari ini.
          Setelah Batrisyia berada lebih kurang lima minit di dalam bilik belakang, Adli masuk ke dalam. Dia membeli tambah nilai untuk telefon bimbit dia. Kemudian berbisik dengan Azri. Dia mengambil bungkusan milo ais dan kotak daripada Adli kemudian diletakkan ditepi.
         "Jangan lupa bagi dia,ya?Cakap kekasih dia yang bagi,"bisik Adli perlahan,kemudian terus berlalu. Adli terus memecut motor 125zr nya dengan secepat yang mungkin. risau akan Hakimi yang mula mencurigai dia nanti.

                                                                  *          *          *          *          *

Batrisyia kaget melihat rantai yang baru dia terima tadi. Batrisyia hanya menggeleng kepala melihat rantai tersebut dan terus mengkalungkan di lehernya. Milo ais kegemarannya juga dia minum dengan perlahan.
       'Thanks Kimm coz loving me, appreciate me n care bout me - LOVE (im yours)'
Butang hantar ditekan dan terus sampai ke Hakimi. Dia yakin, Hakimi terlampau mencintai dirinya. Dia juga pernah mendengar kata orang bahawa berkasihlah pada orang yang mencintai kita kerana orang yang mencintai kita ini tidak akan pernah menyakiti hati kita, begitulah sebaliknya.
        'I'm yours too dear ;)' balas Hakimi. Kemudian Batrisyia terus tidak membalas pesanan tersebut. Dia perlu fokus untuk bekerja. Tepat jam 11 malam, dia dan Anna akan bertukar shift dan seperti biasa Hakimi akan datang dan menghantar Batrisyia pulang ke rumah.

No comments: