Search This Blog

Thursday, March 8, 2012

Bab 11 =)

SEBULAN Adli terpaksa menahan karenah Hakimi yang sering tidak fokus terhadap kerja. Adli sakit hati melihat Hakimi yang sering tersenyum -senyum sendirian. Batrisyia sudah tersalah anggap tentang rantai yang dia beri. Sadis rasanya.
      "Kimm, hujung bulan ni aku nak berhenti tahu? Ada hal family sikit," ujar Adli sambil membuka bonet kereta BMW 3 series. Hakimi memandang Adli lama kemudian berdiri di sebelah Adli.
      "Kenapa tiba-tiba aje nih Lee? Kau marah kat aku pasal Sya ke?" tanya Hakimi perlahan. Dia tahu Adli terasa hati dengan dirinya kerana memaksa untuk merahsiakan perkara sebenar. Tetapi dia takut Batrisyia akan mencintai Adli kerana darah yang diberi oleh Adli.
       "Taklah. Mak aku paksa aku belajar. Aku nak ikut cakap mak akulah. Lagipun umur aku dah berapa dah 23 tahun"
       "Bukan kau memang tak nak belajar sebab Hani ke?"
       "Aku dah lupakan Hani, mungkin dia dah kahwin dengan orang yang dia suka,"jawab Adli, tersenyum kemudian terus membuat kerja seperti biasa. Adli ingin melupakan segala-galanya di sini. Dia perlu segera berangkat dari Malaysia.
       "Mana aku nak cari pengganti kau nanti Lee,"ucap Hakimi dan menepuk bahu Adli perlahan. Adli membalas dengan senyuman hambar. Kalaulah kau tahu! Jerit batin Adli kuat.
    
                                                   *          *          *          *           *

BATRISYIA telah mendapat tawaran belajar dalam bidang yang dia minat, iaitu Diploma Seni Kulinari di Universiti Teknologi Mara cawangan Pulau Pinang. Ibu Batrisyia sangat bersyukur kerana akhirnya Batrisyia mahu juga untuk melanjutkan pelajaran. Sebulan lagi bulan November, dia akan berangkat ke Pulau Pinang. Dia juga telah meletakkan jawatan sebagai Senior Store Associate. Bekas jahitan di perutnya juga telah tidak kelihatan.
       Dua minggu lagi Batrisyia dan Hakimi akan ditunangkan sebelum Batrisyia berangkat ke Pulau Pinang. Hakimi sangat bertegas untuk mengikat tali pertunangan sebelum Batrisyia berangkat ke Pulau Pinang. Batrisyia akur dengan keputusan tersebut. Ibu Batrisyia juga amat menyokong. Cuma perasaan ragu-ragu mula bertamu di hatinya. Betulkah keputusan yang aku ambil untuk bersama dengan Hakimi? Soalan itu selalu bermain di fikiran Batrisyia.
       "Baju dah ambil belum Batrisyia? Umi risau betul. Persiapan banyak tak buat lagi. Dua minggu lagi aje kau dah nak tunang,"bebel Ibu Batrisyia apabila melihat Batrisyia sedang leka menonton kartun di televisyen.
       "Suruh Kimm ambil aje nanti, malaslah umi. Dulang tu esok-esok ajelah Sya settlekan,"jawab Batrisyia acuh tak acuh. Ibu Batrisyia terus pergi ke arah anaknya dan terus memulas telinga anak dara dia itu.
        "Dah nak tunang, perangai macam budak-budak. Kartun aje memanjang. Cepat pergi buat kerja kau tu, nanti nak siap-siapkan kau nak ke Penang pulak. Budak nilah kan!"marah Ibu Batrisyia selepas memulas telinga anaknya itu. Batrisyia dengan muka tidak ikhlasnya, terpaksa membuat kerja-kerja menghias dulang.
        "Alah, majlis tunang aje pun. Belum tentu kahwin,"omel Batrisyia.
        "Apa kau cakap?"sergah ibunya.
        "Hehe. Tak ada apa-apalah umi. Baiklah umi yang tersayang dan tercinta, Sya buatlah ni," jawab Batrisyia kemudian duduk menghadap dulang yang ingin di tukar nanti.
Batrisyia tak perlu risau tentang solekan kerana kawan baiknya boleh tolong solekkan muka. Menghias dulang memanglah kerja yang sangat disukai oleh Batrisyia. Walaupun kasar, tetapi dia sangat kreatif dalam bab-bab kerja-kerja kahwin. Batrisyia sangat bosan melakukan kerja ini sendirian, dia terus mengambil telefon.
       Nombor telefon sudah dipilih, untuk tekan butang hijau untuk memanggil sangatlah susah bagi dirinya. Akhirnya dia tekan juga, setelah empat kali deringan kedengaran suara seseorang di talian.
      "Hello,siapa sana cakap hah?"ujar suara di sebelah sana. Sudah tiga minit suasana sepi. Batrisyia tetap diam.
      "Tak nak cakap ke?"sekali lagi suara itu bertanya.
      "Kau sihat Lee?"tanya Batrisyia, akhirnya dia bersuara juga setelah lama berdiam diri.
      "Aku sihat aje Mar, kau?"
      "Aku sihat dan bertambah happy. Dua minggu lagi, kau datanglah rumah aku ye?"
      "Kenapa?"
      "Err...Aku dengan Kimm nak bertunang, Kimm tak bagitahu kau ke?"
      "Ada. Tapi tak penting bagi aku untuk ingat. Okeylah, karang Kimm tahu aku tengah borak-borak dengan kau, halilintar pulak dia nanti. Assalammualaikum." jawab Adli kemudian mematikan talian.  Batrisyia memandang telefon bimbitnya sepi.
      "Bodohlah laki nih! Aku belum habis cakap dia letak, kurang asam. Aku dapat dia, nasib memang kena cili mulut dia tu, geramnya aku!" marah Batrisyia sendiri. Kemudian dia terus membaling bantal ke depan pintu. Marah betul dengan sikap Adli tadi. Kenapalah hati ini tak sama dengan fikiran? Pening-pening.

ADLI menutup mulutnya setelah menerima panggilan daripada Batrisyia. Kemudian dia memegang dadanya. Jantungnya berdegup kencang. Adli terus menjerit dengan geram.
       "Kenapa dengan kau ni Lee?" tanya Lando apabila terdengar Adli menjerit dengan tiba-tiba. Hakimi sudahpun keluar daripada bengkel. Makan tengah hari katanya.
       "Nak nangis Do,"jawab Adli jujur.
       "Nangis aje Lee, mana tahu hilang segala tekanan tu,"ujar Lando kemudian meneruskan kerja seperti biasa. 'Ya! aku memang tertekan!'

Tiap-tiap tengah hari Hakimi akan datang ke rumah Batrisyia untuk makan tengah hari. Ibu Batrisyia memang saja menjemput Hakimi makan sekali di rumah. Dia dah menganggap Hakimi macam anak dia sendiri.
      "Bila kau orang nak pergi ambil baju? Nanti adalah tak muatlah, apalah. Sya tu umi tengok makin berisi lepas dah berhenti kerja ni, Syifaa dengan si Shaireen jadi tak nak andamkan kau nih Sya?" bebel ibu Batrisyia. Batrisyia hanya menggeleng kepala di hadapan Hakimi. Malu juga apabila di marah macam budak-budak di hadapan bakal tunangnya sendiri.
       "Umi jangan risau, petang ni Kimm dengan Sya pergi ambil baju, ya?"jawab Hakimi.
       "Syifaa dengan Sherry boleh aje umi. Jangan risaulah. Kimm, Sya tak dapat ikutlah ambil baju, sebab nak siapkan hantaran ni ha,"ujar Batrisyia. Hakimi hanya mengangguk kemudian mereka semua makan tengah hari dengan senyap. Batrisyia dapat menangkap mata Hakimi sedang memandang dirinya. Dia sangat baik dan kacak. Batrisyia tersenyum sahaja melihat perangai Hakimi yang macam budak-budak.

No comments: