Search This Blog

Tuesday, March 6, 2012

bab 10 ;)

Menu malam ini, udang sambal petai dan ulam-ulam. Memang itu adalah makanan kegemaran Adli sejak kecil lagi. Terimbau sebentar kenangan bersama adik beradik dan ibu bapanya pada zaman dia masih kecil-kecil dulu. Di meja kayu antik inilah mereka bergurau senda. Sekarang hanya tinggal mereka bertiga sahaja yang berada di rumah.
       "Ibu, kalau Adli nak belajar jauh boleh?"
       "Boleh,nak? Asalkan Adli nak sambung belajar. Sayang nak, result Adli time STPM bagus. Sampai bila Adli nak jadi mekanik? Kerja untuk orang sahaja? Baik Adli fikirkan tentang company papa,"
      "Adli tak minat kerja dengan papa. Biar kakak aja yang kerja dengan papa. Adli nak study dekat Korea. Mechanical Engineering"
      "Anything for you son,"ujar papa kemudian menepuk bahu Adli. Adli hanya tersenyum hambar. Hati dia kini tersayat lebih dahsyat daripada ditinggalkan Hani. Kenapa? Dia sendiri tidak tahu kenapa.

                                                             *           *           *           *             *

Batrisyia sudahpun keluar dari HUKM. Sekarang dia berada di rumah setelah dipapah oleh adik lelakinya ke bilik. Kejadian hari itu, masih samar-samar dan dia tidak pasti apa yang berlaku. Hakimi sangat mengambil berat tentang dirinya. Batrisyia sangat terharu dengan layanan yang dia berikan. Sudahlah kacak, baik pula. Selalu juga dia menolong umiku. Getus hati Batrisyia. Perlahan-lahan nama Darius Zafuan menghilang daripada ingatan. Perlukah nama itu disematkan dalam hati sedangkan dialah penyebabnya aku menjadi sekasar ini? Tapi kenapa hati aku tidak mengatakan yang aku telah jumpa apa yang aku cari sedangkan Hakimi ini sangat baik terhadap diriku? Kenapa fikiran aku mengatakan, Hakimilah lelaki yang aku sangat cintai? Hati dan fikiran tidak seimbang! Kenapa wajah Adli  tiba-tiba muncul tersengih-sengih mematikan imej wajah Hakimi?
       Batrisyia meminta telefon bimbit ibunya kerana ingin menelefon Adli. Betulkah tindakan ini?  Deringan keempat talian diangkat. Jantung Batrisyia berdegup kencang. Kenapa ni? Sakit pulak!
       "Assalammualaikum, aku ni Ammar. Esok jom pergi balai polis. Nak bagi keterangan tentang apa yang jadi," ujar Batrisyia,kemudian menutup mulut. Kasarnya aku!
       "Macam peluru machine gunlah kau nih! Tak boleh laju lagi? Tak padan dengan perut bocor. Bising aje macam murai!"
       "Eh! Kau ni, suka hatilah perut aku, bukan perut kau yang bocor. Nak tak besok?"
       "Tengoklah kalau aku free. Kau cilok-cilok handphone mak kau call aku ni sebab rindu aku eh?"
       "Perlu ke rindu kau tu? Tak ada masa. Kalau tak fikir sebab kau dah tolong aku bawak pergi hospital, tak inginnya aku nak call malam-malam macam ni. Buang kredit mak aku ajelah!"
       "Selamat perut kau yang bocor! Kalau tak, aku memang seligi kau cukup-cukup. Perempuan tak cukup sifat! Esok aku ambil kau dekat bawah, jangan lambat. Aku pakai kereta kawan aku esok,"
       "Kurang ajar punya laki! Jangan ajak Kimm,"
       "Kenapa pulak?"
       "Malas nak susahkan dia."
       "Eleh! Padahal suka kat dia,kan?"tanya Adli, menuntut kepastian.
       "Kalau aku suka,kalau aku tunang, kalau aku kahwin dengan dia, itu semua tak ada kena mengena dengan hidup kaulah monyet!"marah Batrisyia,geram.
       "Esok 9 pagi! Assalammualaikum!"jawab Adli, kemudian terus mematikan talian. Batrisyia naik berang apabila bercakap dengan Adli. Tetapi terasa kepuasan setelah berborak dengan Adli,walaupun bunyinya memang kasar. Hakimi? Banyak sangat pengorbanannya. Teringat sebentar kata-kata yang dituturkan oleh Hakimi semasa di dalam lif pagi tadi.
       "You kena jaga diri you baik-baik. Sebab you sebahagian dari hidup I sekarang,"ucap Hakimi, sambil memandang tepat ke anak mata Batrisyia. Batrisyia tiba-tiba menjadi malu dan pelik.
       "Maksud awak?"
       "Sebahagian dari darah yang mengalir dalam tubuh you, adalah milik I. Sebenarnya, I tak nak beritahu you, tapi I takut kehilangan you. I jatuh cinta pandang pertama dekat you,"ujar Hakimi dengan penuh romantis.  Batrisyia sangat terkejut, kemudian lif terus terbuka. Adik Batrisyia kemudian terus memapah Batrisyia bangun dari kerusi roda yang ditolak oleh Hakimi.
Betapa besar pengorbanan cinta Hakimi terhadap dirinya. Sanggup mendermakan darah kepada dirinya. Kenapa perlu ragu-ragu dengan Hakimi lagi? Bodohnya engkau ni Batrisyia!

8.55 PAGI, Adli sudah terpacak di bawah dengan kereta mewah ayahnya; BMW. Saja dia mengatakan dia membawa kereta kawannya. Dia tidak mahu Batrisyia tahu tentang latar belakang keluarganya. Memang dia daripada keluarga berkedudukan, tetapi dia tidak pernah memberitahu sesiapa pun, termasuklah Hakimi. Dan dia tidak akan bermegah dengan kekayaan yang dibina oleh ayahnya. Dia mahu menjadi kaya atas hasil usaha sendiri, bukan dari ayahnya.
       "Lama tunggu?"tanya Batrisyia kepada Adli. Sementelah Adli berpaling kepada suara tersebut, dia terkejut melihat Batrisyia mengenakan tudung di kepalanya.
       "Lawa!" terjerit kecil Adli tiba-tiba.
       "Apa kau cakap? Aku tak dengar?"tanya Batrisyia inginkan kepastian apa yang didengarnya tadi.
       "Lambat 2 minit! Kau bersolek ke apa lambat-lambat?"
       "Perut aku sakitlah! Dahlah berbalut, nak naik lif lagi. Patutnya umi tak bagi aku keluar tahu? Disebabkan aku nak jugak keluar dan buat report pasal bedebah-bedebah tu, aku gagahkan jugak. Kau apa tahu? Asyik nak condemn orang aje. Nyampah aku!"
       "Dah habis cakap? Jom masuk cepat. Murai!"kutuk Adli. Batrisyia hanya mengetap giginya kemudian masuk ke dalam kereta. Adli menutupkan pintu setelah Batrisyia masuk ke dalam kereta dan terus meluncur ke balai polis.
         Setelah memberi keterangan di balai polis, Batrisyia ingin meminta diri untuk pulang. Dia rasa sangat pedih di bahagian perutnya. Semasa berjalan. Adli terpaksa memapah Batrisyia kerana dia melihat keadaan Batrisyia yang sangat letih. Geng Danial perlu dicari kerana mereka telah melakukan kecederaan hampir meragut nyawa.
        "Patut belikan kau kerusi rodalah granny,"
        "Shut your mouth! You moron,"
        "Whatever,"jawab Adli kemudian tergelak-gelak. Dia sangat bahagia apabila membuatkan Batrisyia marah. Dia terus menghantar Batrisyia pulang. Sebelum Batrisyia keluar daripada kereta, dia menarik lengan Batrisyia perlahan.
        "Kau sayang Kimm?"
        "Mestilah!"
        "Semoga berbahagia,"ujar Adli kemudian memandang ke hadapan dan terus memakai cermin mata. Matanya yang merah terpaksa dilindungi. Kenapa dia perlu menitiskan air mata untuk gadis disebelahnya pun dia tidak pasti. Batrisyia memandang dengan penuh hairan. Lama dia menatap dan suasana sangat sunyi di dalam kereta.
         "Could you just get out from my car?!'pekik Adli. Batrisyia terkejut dan terus keluar daripada kereta. Setelah Batrisyia keluar, Adli terus beredar dari kawasan tersebut. Maafkan aku Ammar.

No comments: