Search This Blog

Tuesday, February 21, 2012

bab 9

TIGA hari Adli tidak sedarkan diri begitu juga Batrisyia. Selama itu jugalah ibu Batrisyia menjaga mereka berdua di wad. Hakimi sedang terpacak di sebelah katil Batrisyia, memberi semangat kepada ibu Batrisyia. Pihak polis yang ingin mengambil keterangan daripada mereka berdua terpaksa menunggu mereka sedar dahulu.

     "Kimm, mak cik rasa nak balik dulu sebab esok mak cik kena pergi kelas,"ujar ibu Batrisyia sambil mengemas barang-barang untuk pulang ke rumah. Hakimi pun bersiap-siap untuk menghantar ibu Batrisyia pulang.

Setelah mereka berdua beredar keluar dari wad Batrisyia, Batrisyia tersedar dari tidurnya yang panjang. Dia  sangat hairan kerana badannya penuh dengan wayar yang berselirat, dan dia terbaring di atas katil.
Batrisyia terus memanggil ibunya, tetapi tiada sahutan yang tiba hanya dua orang jururawat. Mereka bergegas ke arah Batrisyia, kemudian meminta Batrisyia tenang. Perut Batrisyia sangat sakit kerana bekas jahitan. Senaknya teramat sangat.
          Lama Batrisyia terdiam, tiba-tiba dia teringatkan peristiwa yang berlaku tempoh hari. Dia di tikam dan semasa itu ada seorang lelaki yang cuba membantu dia. Batrisyia terus memanggil jururawat berhampiran dengan katilnya.
      "Nurse,siapa yang bawa saya ke hospital ni,ya?"
      "Tunang cik yang hantar cik ke mari,"jawab salah seorang jururawat tersebut kemudian berlalu. Batrisyia terpinga-pinga sebentar.' Tunang? Bila masa aku ada tunang pulak nih!' gumam Batrisyia dalam hati. Batrisyia cuba untuk bangun, tiba-tiba dirinya terasa dipegang seseorang. Batrisyia menoleh ke arah orang tersebut.
      "Kau buat apa kat sini?" tanya Batrisyia sejurus melihat Adli memegang dirinya.
      "Sayang, dah okey ke?"tanya Adli sambil mengenyitkan mata. Batrisyia pelik dengan situasi tersebut. Mata Batrisyia tertancap pada pembalut luka di tangan Adli.
      "Awak rehat dulu tahu,saya pergi katil saya kejap nak rehat,"ucap Adli kemudian cuba berlalu tetapi segera ditarik tangannya.
      "Kau yang bawak aku datang sini ke? Kau..."
      "Dahlah awak, tidurlah,"jawab Adli sambil tersengih. Batrisyia terpempan dengan senyuman Adli. Jantung Batrisyia tatkala itu berdegup kencang, melebihi kadar degupan jantung manusia normal.
Hakimi masuk untuk melawat terkejut melihat Batrisyia sedang memegang tangan Adli. Degupan jantungnya berdegup lebih pantas apabila melihat babak sepintas lalu sebentar tadi.
     Adli perasan kehadiran Hakimi, terus dia menegur Hakimi untuk mengelakkan Hakimi berfikir yang bukan-bukan.
     "Hey Kimm,baru sampai?" tegur Adli kemudian menyalam tetapi disambut hambar oleh Hakimi. Adli malas hendak menerangkan perkara sebenar kepada Hakimi. Dia terus berlalu ke wad dia semula. Esok pagi dia sudah boleh pulang ke rumah.

No comments: